Saya Pelajar & Belajar

Hari ni, saya nak muhasabah diri.

Saya selalu perasan status yang baik-baik, hebat-hebat, cantik-cantik, nasihat-nasihat keluar di dinding mukabuku. Sejuk jugalah hati membacanya. Ianya lahir dari awak-awak yang biasa-biasa macam saya, mungkin yang kurang biasa dari saya, atau mungkin lebih hebat dari saya. Perasaan tu, kagum dan kagum. Alhamdulillah.

Sampai satu masa, saya terfikir status mukabuku saya. Saya dah kurang tulis status berbaur personal sebab bagi saya, not necessary untuk letak dalam mukabuku tu. Ia lebih terbuka berbanding twitter. Jadi, konon bajet cool letak status baik-baik, nasihat-nasihat, sebab Rasulullah kata sampaikanlah pesanan baginda walau satu ayat. Kan? Jadi, kita kongsi-kongsi benda yang baik dengan orang lain.

Ok. Status saya yang latest. Lepas-lepastu banyak link dan video sahaja.

Cuma kadang-kadang, saya sesalkan diri saya, apakah saya buat semua tu kerana Allah, atau saja nak menunjuk? Nauzubillah. Bila saya baca status saya balik, saya tak adalah rasa gembira sangat (lebih kepada muhasabah diri semula, aku buat ke benda ni?), tapi saya terfikir apa agaknya perasaan saya ketika menulis status tersebut? Adakah saya benar-benar mean it, atau saya salin dan tampal dari dinding orang lain, atau saya tekan share je tak tahupun apa isi kandungan link tu sebab baca tajuk je, atau nak beritahu satu dunia yang kononnya saya dah buat, anda bila lagi? Hoho.

Susahkan nak betul-betul buktikan yang kita buat sesuatu kerana Allah?

Saya bagi contoh, contoh dalam kerja dakwah saya sendiri dan di dalam konteks pelajar. Bukan main lama lagi dalam D&T ni. Bertahun-tahun kita terjebak dan terikat dengan D&T dan sepatutnya kita dah faham tanggungjawab, amanah, tugas, amalan kita mestilah kerana Allah. Ibadahku, solatku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Allah, biasa dengar? Err.. sepatutnya semua oranglah berdoa macamni, cuma sebagai seorang daie kefahaman dia lebih dalam dan mengaplikasikan apa yang telah disebutkan dalam solatnya. Insyaallah.

Final paper saya, paper terakhir. 

Sebagai pelajar kita takkan larilah daripada assignment, presentation, macam-macam test dan kuiz yang saya terpaksa akui kalau tempat saya ni kalau ambil 5 subjek, setiap subjek paling sikit ada 2 test dan paling banyak ada 3 test. Itu belum lagi termasuk kuiz setiap minggu. Presentation kalau macam kos saya ambil, setiap minggu ada presentation, setiap bulan ada main presentation, Oh Em Gee. Allah.. sangat letih. Belum lagi assignment perseorangan, assignment berkumpulan. Belum lagi discussion setiap malam, pagi, petang, weekend! Hahahahaha! Mengalahkan PM kan? Anda percaya ke?

Walaupun saya listkan bukan main sibuknya seorang pelajar itu dengan belajarnya, tetapi anda mesti tak percaya bahawa kesibukan pelajar ini masih sempat untuk bermukabuku, bertwitter, berBBM, berviber, berblog, berwhatsup, berlepak di warung-warung, kedai mamak dan cafe, tengok bola, berfutsal setiap malam, bercinta, berdating, bergayut, berkaroke, bergelak ketawa dan sebagainya. Percaya tak? Termasuklah saya yang perasan busy ni. Konon saya banyak buat kerja dakwah, bawa bulatan gembira, pergi bulatan gembira, weekend ada program, ada meeting, ada ziarah, bla.. bla.. bla.. tapi saya masih sempat bermukabuku, bertwitter, berblog, bukan? Err.. tapi sekarang saya cuti. Saya dah minta kerja, tapi belum dapat (alasankah itu?).

Adakah apa yang kita buat semua-semua dekat atas tu, kerana Allah? Hm..?

Saya berbalik kepada konteks kehidupan seorang daie yang sedang belajar. Kita kategorikan diri saya kepada beberapa jenis daie.

Saya pertama: 

Esok saya ada test/exam/kuiz/presentation, hari ini saya ada pertemuan besar untuk membincangkan masalah ummah. Masalah di kampus yang menyebabkan Islam semakin ditindas bahkan jahiliyah semakin berleluasa. Saya lebih rela untuk tidak hadir pertemuan tersebut kerana ia akan mengganggu pointer saya kelak.

Saya kedua:

Esok saya ada test/exam/kuiz/presentation, hari ini saya ada pertemuan besar untuk membincangkan masalah ummah. Masalah di kampus yang menyebabkan Islam semakin ditindas bahkan jahiliyah semakin berleluasa. Saya sanggup memberikan masa yang sedikit untuk hadir ke pertemuan itu walaupun sekejap, dan bersengkang mata untuk belajar atau prepare untuk test/exam/kuiz/presentation.

Saya ketiga:

Esok saya ada test/exam/kuiz/presentation, hari ini saya ada pertemuan besar untuk membincangkan masalah ummah. Masalah di kampus yang menyebabkan Islam semakin ditindas bahkan jahiliyah semakin berleluasa. Saya bertungkus-lumus memikirkan cara terbaik dan penyelesaian serta membuahkan idea-idea untuk membantu membanteras masalah ummah ni. Tak kisahlah sampai pukul berapa pun pertemuan itu akan tamat, yang penting saya bersama-sama sahabat yang lain memikirkan masalah itu. Dengan SYARAT, saya sudah ada persiapan menghadapi hari esok kerana kita taknak jadi orang yang bodoh sombong, tawakal tanpa usaha.

Anda yang mana?

Ini belum cerita kisah mereka yang sudah lama dalam D&T dan telah faham syahadatul haq-nya, tetapi masih liat untuk bersama-sama membimbing diri dan orang lain. Exam ada lagi beberapa hari, tetapi beralasan tidak dapat hadir kerana belum habis study. Allah.. apakah kita lupa siapa yang akan bagi kemudahan menjawab nanti? Apakah kita tidak yakin pada janji Allah? Apakah kita yakin even kita habiskan masa yang panjang menghadap buku Allah akan bagi A pada kita?

Allah.. saya sedih kadang-kadang.


Mari kita muhasabah. Masa kita sangat banyak. 1 hari ada 24 jam. 24 jam adalah tempoh yang sangat lama. Jika kita benar-benar belajar kerana Allah, kita tak akan ada masalah untuk sedut ilmu tu. Insyaallah. Niatlah, niatlah, lillahita'ala. Benar, kadang-kadang kita akan rasa sukar nak sedut ilmu tu, maka istighfarlah kerana ada dosa yang menghijabkan kita. Maka, bangunlah malam dan bertaubat padanya.

Jika belajarpun kita sudah banyak beralasan, kerja apatah lagi? Saya tahu perbezaan belajar dan kerja kerana saya telah mengalami keduanya. Belajar adalah tempoh kita menuntut ilmu dan belajar bagaimana dakwah itu harus digerakkan. Belajar, bagaimana memperuntukkan masa belajar dan dakwah. Belajar, mencari masa dan peluang untuk perbaiki diri, bimbing diri, hiasi diri dengan kekuatan iman, ruhi, tarbiyah dzatiyah dan macam-macam lagi. Kerana waktu bekerja nanti, apa yang kita belajar di universiti itulah yang akan kita aplikasikan ketika waktu kerja. Bahkan ianya lebih mencabar lagi.

Pimpinlah hatimu ke jalan yang diredhai Allah. Jangan biarkan hati dikuasai dunia, tetapi genggamlah dunia agar hatimu dipenuhi nikmat syurga.

2 Shreks:

Maryam said...

dakwah vs belajar dalam IPK!! =)

n now, i am in dilemma... dakwah ke rehat sbb sakit? =)

Kay J said...

buatlah dua2 =) rehat kita adalah ketika beribadah.

 
;