Kenapa Belajar?

Malam tadi saya tak boleh lelap. Ada banyak sebab. Antaranya, saya kena tidur awal sebab rumah abang saya tak boleh nak online. Sebab kedua, saya nervous nak tunggu result. Sebab ketiga, biasa tidur lambat jadi bila kena tidur awal mata terkedip-kedip.

Alhamdulillah. Balik je dari rumah abang saya, saya buka mukabuku nak tengok komen sahabat-sahabat saya dekat dinding masing-masing. Biasanya akan adalah mesej-mesej sedih, ataupun redha dan sebagainya. Tetapi hari ini, ada mesej saya lihat lebih daripada itu. Tertulis kata-kata syukur dan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Pastinya keputusan mereka sengih sampai ke telinga.

Jadi, saya senyum jelah satu hari ni. Happy tengok sahabat-sahabt saya juga happy. Ramai dapat keputusan yang best, dan ada improvement. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira buat mereka yang dapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang tak berapa nak best sangat keputusan tu, jangan putus asa. Kita ada lagi 2 sem untuk cuba capai yang terbaik. Ingat, kejayaan bukan untuk dunia sahaja tetapi biarlah atas keredhaan dan rahmatNya.


Lepas puas usha dinding mereka, barulah saya cek result saya. Berdebar-debar boleh tahan jugalah. Mata saya memang tengok belah kanan jelah sebab situ je barisan yang tertulis gred kita. Haha. Belah kiri tu abaikan dulu. Hahaha! Alhamdulillah, tak sangka! Patutlah semua orang cakap tak sangka. Saya sendiripun tak sangka dapat result yang unsangkarable. Jujur saya tak adalah boleh jawab semua paper pun. Ada je yang saya stuck. Tapi alhamdulillah, saya yakin semua ni atas izin Allah. Dia yang melembutkan hati pensyarah kami untuk memberi markah dan gred macamtu. Thank you Allah.

Saya pasti semua orang sedang bergembira hari ini. Tahniah semua! Ingatlah gembira hari ini tidak semestinya kita gembira di akhirat kelak. Jom ramai-ramai bersyukur dengan cara yang sepatutnya.

Saya tahu ramai adik-adik saya yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi. Saya doakan yang terbaik untuk kalian, insyaallah perbetulkan niat dan berusaha tanpa melupakanNya. Jadi, saya share sedikit cara saya belajar ketika di alam diploma lagi.

Masa saya diploma dulu, saya jarang balik study week. Mungkin orang kata, balik nak ambil berkat dari mak ayah. Kita sepatutnya ambil berkat mereka, sepanjang masa. Sejak daripada kita masuk universiti lagi, setiap kali semester naik pun kita kena mohon keberkatan mereka, sentiasa minta mereka doakan kita dapat belajar dengan baik. Itulah yang saya buat. Kadang-kadang saya tak balik berbulan-bulan sampailah habis final. Kalau dengar suara mak dan abah dalam telefon, tak macho langsung saya. Meleleh jugalah. Kadang-kadang tu seminggu sebelum study week saya saya balik rumah, itupun kalau waktu tu masa cukup melapangkan saya untuk pulang ke rumah. Pernah juga saya touching dengan mak abah saya, diorang tak call saya langsung masa saya tak balik study week. Huhu. Sampaikan saya ternangis tak sengaja.

Senyumlah selalu. Saya dihantar oleh Allah ke sini untuk menuntut ilmu. Dan dalam masa yang sama, mentarbiyah diri saya untuk jadi hamba yang lebih baik. Saya tak nafikan, abah saya pernah banyak kali tanya saya kenapa tak balik, saya jawab sajalah banyak kerja. Nak buat macamana, ada benda lain yang saya perlu buat di kampus. Sepanjang study week, saya memang fokus gila-gila. Gila pun tak macam saya. Hahaha! Tak, saya memang cuba fokus, tapi kadang-kadang tu tak berjaya sebabtulah saya tak suka balik masa study week. Nak cari mood study tu, bukan sejam 2 jam tapi sehari dua baru boleh dapat mood study. Lagi-lagi saya ni bukan budak pandai. Test selalu dapat markah rendah, kadang-kadang fail. Jadi, saya kena cover balik dalam final, itu jelah harapan saya. Wah, hebat tak cerita masa belajar saya?


Bulatan gembira dan program-program, insyaallah saya cuba hadir walaupun dalam musim peperiksaan. Bagi saya, itu juga penting. Kita hidup bukan untuk belajar law sahaja, bukan belajar marketing sahaja, bukan belajar economy sahaja, itu cuma sampingan untuk kita manfaatkan dihari kemudian (long-term investment in dakwah), untuk Islam. Tetapi kita ada kewajipan lain dalam mengukuhkan akidah dah kefahaman Islam kita, itu adalah short-term investment. Susah ke? Ya, susah apabila kita tidak mengikhlaskan diri kita. Tetapi, bila hati kita sudah yakin dan percaya dengan jalan ini, insyaallah kesusahan itu takkan terasa lagi, bahkan ianya rasa sangat mudah.

Mari kita senyum lagi. Diploma result saya tak secemerlang masa degree. Saya pun tak pasti kenapa dan bagaimana boleh jadi macamtu. Apa yang saya yakin, niat saya semasa diploma tidak sama dengan degree. Jadi, sentiasa cek niat kita belajar kerana apa. Apa matlamat kita lepas habis belajar ni? Apa yang kita harapkan dengan segulung ijazah dalam mengembangkan Islam di atas muka bumi ini? Betul ke dengan segulung ijazah ni kita boleh membuat perubahan dalam masyarakat? Let's think about it.

Semoga berjaya menguruskan masa dengan baik!

0 Shreks:

 
;