Allah Maha Besar

Bismillahirrahmanirrahim.

Musim result ni tak habis lagi. Masing-masing pekenakan kawan masing-masing. Tapi, tak tahulah. Saya lepas sembang dengan kawan-kawan saya dekat mukabuku, diorang semua bersemangat dengan result yang cemerlang haritu. Ada yang bercita-cita nak dapat dekan sem depan. Ada juga yang risau pointer jatuh sem depan. Macam-macamkan? Haha. Saya cuma boleh bagi support je, do your best and jangan main-mainlah kalau betul nak maintain result.

Bagi saya, sem haritu tak adalah senang sangat. Quite difficult juga. Daripada 6 paper, saya confident boleh score cuma 3 paper je. Lagi 3 saya tak confident langsung. Saya fikir, dapat B+ pun jadilah. Tapi, terang tang-tanglah pointer saya akan jatuh. Alhamdulillah, saya rasa semuanya terpulang pada pensyarah macamana dia nak bagi markah. Saya pun tak sangka murahnya hati mereka bagi markah. Mesti masa tanda paper diorang teringat-ingat sikap kita sepanjang dalam kelaskan? Asyik mengusik lecturer je, lepastu buat kelakar. Haha! Kalau present tu tak pernah nak serius, ada je benda yang mengusik hati dibuat dekat depan. 

Apa-apapun tahniah again guys! Saya turut berbangga dan dapat merasakan betapa anda begitu gembira kerana sem depan boleh pergi dinner dengan senang hati sebab nama bakal disebut sebagai penerima anugerah dekan semester 4! Wow! Haha. Saya tak berseorangan sem depan, dan saya bersyukur untuk itu. 

Dua

Kalau anda pengikut tegar blog saya (saya yakin tak adapun), mungkin pernah terserempak dengan satu entri saya yang kontroversi sangat-sangat. Haha. Macam ada orang pecah masuk rumah saya, lepastu sebarkan cerita pasal saya. Kemudian bawa geng ramai-ramai masuk rumah saya tanpa bagi salam dan serang saya. Haha! Saya takkan lupa peristiwa itu.

Cerita ni pasal persatuan course saya sendiri. Bila saya fikir balik, saya pun tak faham kenapa orang nak marah sangat pasal pendapat 2 sen saya tu. Kalau tak betul, saya fahamlah cakap je apa yang kau cakap ni tak masuk akal. Kitorang dah buat aktiviti yang gempak habis gila-gila tapi kau yang tak tahu. Kan senang? Boleh je saya terima dengan hati terbuka. Serendah-rendah ukhuwahkan berlapang dada *kenyit mata. 

Haha. Tapi tak apalah, benda tu sudah berlalu. Saya telah maafkan kalian yang menghina dan memperkotak-katikkan kredibiliti saya sebagai pelajar cemerlang (muahahahaha!), dan menghina mereka yang bertudung labuh walaupun tuju dekat saya tetapi sebenarnya anda turut menghejek tuntutan Allah swt, perbuatan itu sebenarnya sangatlah tak disukai Allah, jadi saya mohon anda juga bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya. 

Apa yang saya nak katakan sebenarnya, masa kejadian tu berlaku saya sangat-sangatlah tertekan. Saya bukan tertekan kerana dihina oleh makhluk-makhluk yang mencampak batu kemudian sorok tangan dalam poket seluar atau kain, tetapi saya tertekan kerana rasa bersalah dan berdosanya saya atas perbuatan saya tersebut. Saya fikir banyak kali dan berdoa setiap hari, apakah kata-kata saya tidak betul? Adakah saya membuat cerita bohong? Apakah saya sedang diuji? Atau mereka yang sedang diuji? Apakah? Haha. Sehinggakan saya pernah berkata kepada Tuhan saya, Tuhan awak, dan Tuhan kita semua. 

Jika benar kata-kata aku salah ya Allah, jika benar cara aku tidak betul, jika benar niat aku nak cari gaduh semata ya Allah, jika benar aku ni nak kuasa semata ya Allah, jika benar aku pakai tudung labuh ni sebab nak tunjuk baik je ya Allah, jika benar hati aku busuk ya Allah, aku mohon Kau tunjukkanlah sesuatu. Aku mohon agar janganlah Kau naikkan pointer aku. Biarlah jatuh gedebuk pun tak apa ya Allah, aku nak belajar dari kesilapan. Aku mohon supaya result aku jatuh daripada sebelum ni, tapi janganlah teruk sangat. Jatuh sikitpun tak apa. Huhu.

Hakikatnya, masatu saya rasa berisiko sangatlah doa macamtu. Macamana tiba-tiba pointer saya betul-betul jatuh teruk. Huhu. Dan masatu, adalah adik saya beritahu dekat saya, tak payah risau sebab apa yang dia baca, tak ada yang burukpun. Bila dia cakap macamtu, saya pelik jugalah. Huwaaa. Tak apalah. Saya bertambah risau bila doa saya semakin termakbul bila final saya tak boleh nak buat beberapa paper tu. Sangatlah terimbas terus apa yang saya pernah tulis. Mungkin saya benar-benar bersalah, sedihlah masatu. 

Tetapi! Allah lebih Tahu. Result saya menceritakan segalanya dan saya rasa sangat tenang sekarang ni. Jadi, saya yakin apa yang saya buat insyaallah tidak sama dengan apa yang orang tanggapkan. Susah sebenarnya nak jaga hati, diri dan peribadi. Ianya perkara yang sangat sukar. Saya harap Allah redha dengan usaha saya. Bahkan pointer naik 0.11 sangatlah tidak terjangka dek akal. Dan saya harap mereka yang berkata yang buruk-buruk dekat saya haritu, dapat pointer gempak juga macam saya!! Huwaaaaa.. chaiyok! Kalau tak dapat maknanya bukan sekarang rezekinya, mungkin sem depan pula!

Tiga

Ok. Saya dah lupa apa nak dicoretkan sebab masa saya tulis entri ni saya terdengar mak saya nak pergi klinik. Abah hantar katanya. Habis balik nanti abah hantar pulang ke rumah pula ke? Mak cakap, ya. Jadi saya offer untuk bawa mak ke klinik untuk meringankan beban abah. Hehe. Jadi, kami ke klinik yang ramai tu dekat sejam juga kami tunggu giliran. Lepastu pergi BATA nak cari sandel murah. Last-last mak yang beli, saya ambil sandel dia. Lepastu kami shopping dekat Pasific. Wah, best betul perjalanan hari ni. Dan saya sangat penat memandu. 

Dan kejap lagi saya akan ke bandar lagi, sebab kakak ipar saya baru je call beritahu dia on-call malam ni dan minta saya tolong jagakan anak dia. Saya dengan baik hati bersetuju. Maknanya, hari ni adalah hari di atas jalan raya. Mungkin sampai rumah dia, saya dah terbongkang kepenatan. Dah lama saya tak baca buku, rasa rindu nak baca buku yang saya tengah baca sekarang, Merawat 7 Penyakit Hati. Saya betul-betul nak muhasabah hati saya, adakah saya dalam kalangan orang yang berpenyakit hatinya? Jom, muhasabah sama-sama. 

Sebab saya nak kena masak sebelum ke rumah kakak ipar saya. So, sampai sini dulu. Insyaallah next time saya share sesuatu yang lebih bermanfaat. Allah, rindu rasanya nak menguatkan ruhi yang semakin lemah ni. Selamat malam!

0 Shreks:

 
;