Berani Mati (BM)

Assalamualaikum dan selamat malam buat pembaca. Saya alhamdulillah sihat-sihat kehendakNya.

Dah lama saya nak update, tapi rasa macam dah makin malas. Haritu tergendala sekejap sebab saya asyik tak ada dekat rumah dan tidur dekat rumah kak ipar saya temankan dia. Tak tahulah berapa banyak kali saya ulang-alik dari rumah saya ke rumah dia. Perjalanan dari sini ke sana adalah dalam 20 minit. Tapi, biasa singgah RQ dulu sebab dia lepak situ before balik rumah. Lepas-lepas daritu, sayapun jadi macam tak pasti nak post pasal apa.

Adalah satu masa ni macam famous jugalah satu entri ni pasal BM Bahasa Melayu yang di sharedkan oleh satu persatuan Islam di Malaysia ni yang ditulis oleh seorang blogger dari ikhwah kita. Err.. harapnya fahamlah. Jadi, sedikit sebanyak saya nampaklah betapa kritikalnya proses BM ni sekarang ni. Dulu saya adalah dengar-dengar, tapi masatu saya belasan tahun. Bukan masanya untuk saya fikir kot.

Sudah tentu, saya bukanlah selayaknya untuk cakap pasal BM, sebab belum ada pengalaman. Masih single-mingle dan berjimba-raya dengan Dee En Tee saya. Hehe. Orang cakap bila dah tua-mua ni, risau jugakan tak berBM lagi. Haha. Tapi yakin jelah yang jodoh tu ada, cuma belum sampai je lagi. Tak jumpa dekat dunia, dekat syurga mungkin? Insyaallah.

Betullah saya terpaksa mengakui, saya pernah dengar akhawat yang tak kahwin-kahwin lagi walaupun dah berumur. Takut juga jadi dekat kita. Sudah menjadi fitrah manusiakan, walaupun best berjimba-raya dengan Dee En Tee tapi perasaan untuk disayangi dan menyayangi tu memang akan ada, dan muncul tiba-tiba je. *Uhuk*

Adalah beberapa ayat yang geli hati perut saya, usus saya pun terasa kegeliannya. Sebab akh tu ada cakap pasal akhawat garang. Bukan dia cakap, adik-adik dia cakap. Saya pula pernah dengar sahabat-sahabat saya dan adik-adik saya pernah cakap ikhwah garang. Haha. Saya jaranglah dengar pasal isu tu dibangkitkan, mungkin betul, suasana berbeza akan melahirkan persepsi yang berbeza dikalangan kita.

Dulu apa-apa program ada gabung ikh dan akh, jadi saya tak nafikanlah saya kenal beberapa ikhwah secara pukal. Wahaha. Macam jual beli pula main pukal-pukal ni. Sebenarnya nak cakap, saya kenal muka je, tapi nama minta maaf saya tak berapa nak ingat. Entah berapa kali reminder saya dapat untuk ingatkan balik. Tapi sekarang, saya dengar program dah jarang sangat bergabung. Ikhwah dengan program dia, akhawat dengan program dia. Sama juga dekat tempat belajar saya. Biasa jumpa time syura je. Time ni lah kadang kita nampak ketegasan masing-masing.

Dulukan, saya pernahlah rasa macam tak perlu berBM dengan ikhwahpun. Dahlah diorang sikit, kenapalah perlu sangat jadikan mereka sebagai life partnership? At least kalau kita cari orang luar, kita boleh ikhwahkan diorang betul tak? Haha. Ok, bukan saya sorang pernah terfikir macamni sebab saya ada jumpa ukhti yang fikir macamni juga. Tapi masa ukhti ni nyatakan pendapat dia, saya sudah menemui turning point saya. So, saya tidak mengiyakan dan tidak menafikan.

Saya tak nafikan, saya pernah dengar ramai sangat ikhwah yang berBM dengan bukan akhawat. Macam-macam alasan terpulang pada individu tu untuk memberi alasan. Hehe. Saya tak ada masalah untuk itu selagi dia rasa dia layak untuk memenuhi keperluan perempuan tu untuk mendidik dan mengembangkan kader-kader dakwah melalui BM. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Saya pernah jumpa yang berjaya, dan isterinya benar-benar seorang kader yang hebat dan dikagumi tetapi sangat low profile. Saya rindu beliau. Secara`realitinya, saya tidak tahu sangat cerita-cerita yang lain.

Tapi, saya pernah dengar cerita seorang syuyukh, makcik telah berkahwin dengan bukan ikhwah. Makcik kata, sebelum mereka berkahwin telah ada perjanjian antara mereka. Maknanya, ada hitam putih yang jelas. Bermakna, lelaki berkenaan haruslah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah diletakkan oleh makcik. Dan hari ini, makcik adalah seorang kader yang hebat di satu lokaliti. Dia menceritakan pengalamannya sebagai zaujah kepada seorang yang tidak bergerak bersama-sama dengan dia. Banyak sebenarnya pengorbanan dia terpaksa lakukan, itulah risikonya. Tetapi alhamdulillah, makcik sangat tabah dan suaminya tidak pernah sekalipun menghalang kerjanya.

Hebat tak? Kalau rasa boleh jadi hebat macamni, bolehlah buat pilihan macamni. Saya tak ada masalah untuk itu. Saya sebenarnya pun teringinlah nak buat macam dua kes dekat atas. Tapi, sebab mak dan abah tak bagi, jadi saya tunggulah siapa yang mak dan abah saya suka. Kalau saya suka, mak dan abah tak sukapun tak guna jugakan?  Tapi, selagi lelaki itu ikhwah mak dan abah saya mesti akan suka? Wahahahaha. Tapi, tapi, tapi, jodoh semua di tangan Allah.

Em.. em.. em.. em..

Sebenarnya, saya pun tak tahu nak cakap macamana. Haha! Walaupun saya selalu yakinkan adik-adik saya pasal BM dengan ikhwah, tapi saya sendiri belum berBM rasa macam tak best betul tak? Kita cakap tapi kita sendiri belum laluinya. Memanglah ada pertikaikan pasal ni, saya tidak selayaknya cakap pun dekat diorang tetapi sebenarnya tu salah satu cara untuk letakkan mind set dalam kepala diorang je. Saya suka bagi contoh abang-abang saya sebab diorang paling dekat dengan saya. Abang-abang saya juga melalui proses BM dan keduanya ikhwah dan akhawat. Mak dan abah sayapun melalui proses BM agaknya, hahaha!

Apa saya nak cakap, sentiasalah buat sesuatu demi menggapai redhaNya. Fikir lebih ke depan, dan cuba cedok pengalaman mereka yang sudahpun selamat berBM dengan ikhwah dan akhawat. Mungkin dari situ kita boleh ambil iktibar dan yakinkan diri kita bahawa Allah akan menjanjikan yang terbaik jika niat kita juga baik.

Tidak ada orang yang tidak mahu pasangan yang baik dan elok, pastilah semuanya mahu sesuatu yang hampir sempurna. Tetapi, tidak ada juga orang yang gembira apabila terpaksa memilih sesuatu yang akan melemahkan dirinya untuk bergerak dan berkembang dalam medan dakwah, sedangkan hatinya sentiasa berharap agar dirinya mampu bergerak seiring dengan pasangannya.

Saya yang belum ada pengalaman ini, hanya pandangan 2 sen yang tak seberapa. Yok tidur. Maafkan khilaf saya dan saya juga maafkan kalian!

1 Shreks:

Maryam said...

peh~ tajuk berani mati... memang kena berani mati pun untuk BM. haha!

 
;