First Holiday 2012

Salam.

Lama sangat rasanya tak update. Paper terakhir saya pada 20 Januari 2012. Subjek Marcom dan alhamdulillah saya dapatlah juga jawab. Daripada 6 paper, 3 boleh dan 3 tak boleh. Semester ni mungkin saya kena bersedia, saya tak mampu perform seperti semester lepas. Ada satu paper saya terpaksa belajar dalam keadaan sakit (migrain). Satu lagi paper saya menghadapi tekanan luar, sebab menguruskan perjumpaan kecil je. Tapi kesannya masya Allah, Dia saja yang tahu macamana saya terpaksa berdepan. Saya yakin, Allah sedang memeriksa iman saya setelah lama saya menyepi dan berdiam diri dari jalanNya. Forgive me dear Allah.

Dah lama saya tak jumpa sahabat saya yang seorang ni. Adik-adik lagi. Birthday dia 19 Januari haritu. Biasanya saya belikan buku bila tiba birthday sahabat-sahabat saya atau adik-adik saya bila saya ingat. Tapi, tempat saya belajar ni tak ada kedai buku yang jual buku-buku agama sangat. Ada, tapi pilihan tak berapa banyak. Tak apalah, nanti saya ada duit saya belikan sebelum habis belajar.

Adik-adik saya yang disayangi dan dikasihi.

Hari pertama kami bertemu untuk pertemuan IPT pertama, dia diam. Saya rasa serba tak kena. Kali kedua kami bertemu untuk pertemuan usrati saya, dia bercakap macam biasa. Seronok tengok perubahan tu. Kali ketiga dalam perjalanan ke pertemuan IPT kami yang kedua, dia sudah bercerita dengan seronok dan berkongsi pengalaman. Itulah si Comel yang saya tunggu-tunggukan. Banyak ceritanya, banyak mimiknya, penuh perasaannya.

Pertemuan IPT kedua lebih membincangkan aktiviti yang terdekat yang dirancang. Kalau dalam kampus, pastinya banyak aktiviti-aktiviti dirancang sampaikan tak tahu nak pilih speaker untuk program-program tertentu. Masa tengah bincang pasal siapa yang nak dijemput, sahabat saya hulurkan BB dia dan terteralah Facebook ini. Katanya kalau jemput dia pun bagus juga, famous dah blog dia tu. Saya senyum dan membalas, kalau kenal boleh saja tak ada masalah. Err.. dan saya teringat yang saya pernah terbaca namanya dalam mailing list tapi saya tak ingat sebab tak rasa keperluan untuk tahu siapa dia, selagi tulisan dia bermanfaat, dicadangkan oleh akh yang dipercayai dan dalam fikrah yang sama iaitu Islam, saya rasa itu sudah memadai. Senyum.

Saya ingat kisah blogger ni berhenti setakat itu. Dalam kereta sahabat saya tanya, agak-agak dia tu muda ke dah tua? Saya jawablah muda lagi kot walaupun hakikatnya saya tak tahupun. Tapi saya agak dia baya-baya abang saya, itu yang saya beritahu pada sahabat saya tu. Abang saya ada 2 orang, 27 & 29 tahun rasanya. Haha. Bila saya cakap macamtu, dia kata TUA! Err.. saya tak mengalah saya cakaplah umur macamtu muda lagi, dia betah balik. Dalam hati saya membebel sendiri, habis saya ni tualah?? Haha! No wonderlah dia cakap tua sebab umur dia dalam 19-20 tahun macamtu. Beza dengan orang yang hampir umur 30 tahun berbanding dengan saya yang dah berumur ni, muda beberapa tahun je dari abang sendiri.

Err.. tapi tiba-tiba saya rasa umur dia tak seTUA abang saya, lebih muda lagi selepas TERbaca entri ini. Enjoy! 

Ok, ini cerita lain. Jiran rumah sewa saya, cucu dia akan berkahwin tak lama lagi. Sebelah perempuan minggu depan, tunang cucu atok tu jemput saya di BP. Atok tu jemput juga saya ke rumah dia 2 minggu lagi di Segamat. Saya tak berjanji pada atok, walaupun saya memang ada niat untuk hadir. Atok seperti berharap saya dapat hadir ke majlis tersebut. Tapi, saya ada perancangan lain sebenarnya pada tarikh tersebut. Tunang cucu atok tumpang saya balik ke BP pagi tadi, dia bertanya jika saya ada teman lelaki sebab umur kami sebaya. Dia dah nak kahwin, saya bila pula? Saya hanya mampu jawab dengan senyuman dan jawapan ringkas, insyaallah bila ada jodoh nanti bila-bilapun boleh. Hihi.

Saya ada misi saya sendiri. Saya tak berniat untuk berkahwin dalam masa terdekat, tetapi jika Allah tetapkan sesuatu yang sebaliknya saya takkan menolak. Tetapi tengokkan keadaan saya, bayang-bayang pun tak nampak, mungkin lambat lagi. Saya harap selepas tempoh setahun lebih ni saya boleh mulakan misi saya. Perancangan hidup saya sentiasa berubah-ubah, dari satu rancangan ke rancangan yang lain. Orang kata, persekitaran sentiasa mempengaruhi keputusan kita. Saya yakin, pengaruh itu sebenarnya aturan Allah agar ilham itu muncul untuk mencari redhaNya.


Muzakarah minggu lepas menemukan saya dengan sahabat-sahabat di BP. Sebak juga, sebab dulu kami pernah menggerakkan kenderaan dakwah di tempat yang sama, tetapi saya tinggalkan mereka demi menghidupkan semula enjin di Segamat walaupun masih semput-semput lagi. Saya harap mereka faham. Sahabat saya bertanya bila saya akan tamat belajar di Segamat? Saya paling NGERI apabila soalan begitu diajukan oleh sahabat-sahabat saya bahkan pakcik dan makcik disini. Saya dapat lihat dan baca tujuan pertanyaan itu. Enti nak jadi orang BP ke? Soalan spontan saya keluar apabila melihat kehadirannya yang masih bersama-sama di BP. Tergelak kecil sahabat saya sambil menjawab, insyaallah tak kot. Saya tersenyum, dan faham maksudnya.

Saya selalu membezakan DnT di Segamat dan Batu Pahat. Kadang-kadang hati kecil saya menangis kerana saya lebih sukakan suasana di BP berbanding di Segamat. Tetapi, di sebalik hati kecil saya ini, masih ada perasaan cintakan perjuangan yang semput-semput di Segamat ni. Saya rasakan diri saya lebih diperlukan di Segamat berbanding BP. Hakikatnya, dimana sahaja kita berada DnT perlu digerakkan, kalau bukan kita siapa pula? Saya cuma harap diri saya akan terus kuat, kerana kekuatan di Segamat tidak sama seperti di BP yang lebih ramai pendokongnya. Saya dapat rasakan, diri saya sangat lemah bila di Segamat, sangat yang amat. Saya harap Allah mendengar doa saya untuk melaksanakan misi besar saya.


Mungkin setakat ini dulu perkongsian dari saya. Selamat bercuti buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang dikasihi. Gunakan sedikit masa yang ada untuk kebaikan ya!

0 Shreks:

 
;