Futur Bukan Jalannya

Selamat semua.

Saya baru perasan, friend list facebook saya 700 orang? Sangat banyak dan saya tak berapa suka jumlah itu. Actually, I thought the listed was only about 200 plus-plus. Macamana saya boleh tak perasan ya? Seriously, I am disturbed with the numbers Memang saya decide untuk unfriend mereka yang tak berkaitan, tapi tak adalah saya perasaan overall numbers of friends. Saya dah delete sikit, tapi sampau huruf H je saya mampu buat hari ni. Tak sempat nak tengok yang lain-lain. Tapi tu stage pertama, nanti saya akan buat tapisan untuk stage seterusnya. Saya tak larat ramai-ramai orang dalam list tu, dan kebanyakannya macam personal stuff updated, so am not really sure that I need all that. Especially those that I don't really know whom.


Lainlah kawan-kawan yang memang kenal. They need to be friend with me. Haha. Sebab FB is one of the method yang saya boleh guna untuk tegur mereka, nasihat mereka, dan apa-apa sahaja yang mungkin boleh buat diorang berfikir untuk seketika. Tak apalah, maybe saya tak mampu ubah diorang, at least they read my messages tu pun dah memadai. Saya yakin diorang akan baca. Sebabnya, bila saya update status yang agak sinis, adalah yang bawa masuk dalam kelas ungkit balik. Haha. Saya tak kisah kalau diorang nak persendakan mesej saya tu, saya cukup gembira bila diorang noticed the message. Itu lebih baik daripada mereka tak nak baca langsung. Am glad. 

Abang saya nak balik KL dah esok. Am gonna miss his daughter very much. The tembam-tembam anak buah and the manja-manja and naughty-naughty girl. Huhu. Am gonna miss her. Saya rasa nak ikut pergi KL, tapi tak boleh saya ada plan lain. Saya ingat nak pergi sana masa abah dan mak pergi Sabah, tapi mak suruh stay rumah sebab mungkin abang long kena tinggalkan anak dia dengan kita sebab dapat projek besar? Not sure about that. Tapi yang pasti, saya mungkin kena jaga anaknya yang 3 bulan comel-comel muka macam cina tu. Geram gila anak-anak abang saya ni. Rasa nak gigit je pipi diorang yang menggelebeh tu. Anak abang-abang saya muka macam cina, tak tahulah kalau saya ada anak muka macam cina juga ke tak. Hahahahahaha. Lama lagilah nak figure out. 

Saya just nak share sesuatu, untuk peringatan diri saya dan kawan-kawan saya yang sama-sama mengharungi jalan yang sama macam saya. Saya tau, saya bukan orang yang layak tetapi saya cuba atas dasar perintah Allah bahawa kita adalah pemimpin, pemimpin kepada sahabat-sahabat kita, adik-adik kita, sesiapa sahaja yang terlalai, terleka atau mereka yang memerlukan. 


Pernah dengar perkataan futur? Putus asa? Give up? Terungkur? Terjatuh? Fed up? 

Saya pernah futur. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Tetapi, saya harap Tuhan tidak tarik nikmat Islam dan jalan dakwah ni dari hidup saya. Saya perlukannya sangat-sangat-sangat. Tanpa jalan ni, saya tahu jiwa saya akan mati dan kosong. Saya tahu juga, atas jalan ni saya akan menderita dan sakit sebab saya terpaksa berkorban banyak benda. Saya terpaksa korbankan masa, tenaga, harta, dan yang paling penting, saya terpaksa korbankan perasaan dan keinginan saya. 

Tetapi sebenarnya, semua tu bukan TERpaksa semata-mata, bahkan ianya pilihan saya, pilihan kita untuk tetap atas jalan ini. Maka, pakejnya adalah semua tu, semua-semua tu dan tak ada satu sejarahpun melaporkan bahawa jalan dakwah ini sangat smooth dan mudah semudah jalan yang lurus tanpa ada halangan apa-apa sedikitpun. Jika kita rasa jalan dakwah ini sangat mudah dan kita tak pernahpun rasa kena berkorban, atau sakit atau rasa teruji dari mana-mana aspek, mungkin kita belum benar-benar berada di atas jalan dakwah. Saya percaya, apa yang saya pernah dan sedang lalui, sahabat-sahabat saya diluar sana juga melalui perkara yang sama, dan saya yakin pengorbanan mereka lebih besar dari saya.

Kadang-kadang kita akan rasa penat, letih, sedih melalui hari-hari yang sukar. Terasa tak ada sokongan dan dokongan pun yang kita dapat sehinggakan setiap malam, kita mengalirkan air mata. Setiap kali selepas tahajud, kita menangis di luar tetapi meraung di dalam hati. Setiap kali maathurat, kelopak mata kita sudah digenangi air. Setiap kali berseorangan, perasaan bersalah sentiasa menerpa diri. Setiap kali berdoa, terasa dosa-dosa membebankan diri. Ya, Allah sedang menegur kita. Allah sedang beri masa pada kita, fikirkan, fikirlah, mintalah, doalah, suarakanlah, katakanlah, jangan diam membisu. Dia mahu dengar permintaan kita, Dia mahu lihat pergantungan kita. Dia sangat sayangkan kita, kalau tidak manakan Dia berikan perasaan-perasaan itu pada kita? 


Berehatlah sebentar jika itu yang kita perlu, tetapi jangan sesekali berhenti! Saya mohon, kerana saya sayangkan ukhuwah kita, kerana saya sayangkan perjuangan kita, kerana saya sayangkan jalan dakwah ini, dan yang paling penting saya tak mahu masuk syurga tanpa sahabat-sahabat yang saya sayangi, yang pernah sama-sama tadabbur ayat-ayat cintaNya, yang pernah memeluk erat tubuh ini, yang pernah tidur sebantal dan sekatil, yang pernah meluahkan rahsia kita, dan yang paling penting kita semua sentiasa dalam rabitah yang sama. 

Yang baik-baik itu semuanya ilham dari Allah dan yang kurang elok itu kelemahan diri sendiri. Semoga semuanya baik-baik saja, moga dipermudahkan segala urusan insyaallah. 

0 Shreks:

 
;