Kafarah Sakit

Hari ini, saat ini, waktu ini..

Saya rasa nak menitiskan air mata. Sebab saya tak dapat bernafas dengan baik. Hidung saya tidak dapat berfungsi macam biasa. Selsema? Tak macam selsema, tapi hidung saya macam tersumbat. Tersumbat ke? Macam tak juga. Cuma, tak normal.

Tekak saya pula perit-perit rasa pahit, gatal-gatal dan geli-geli menyebabkan saya rasa tak selesa langsung. Saya nak telan air liur susah. Saya nak makanpun ambil waktu dan masa. Saya sangat struggle sekarang ini melalui ujian-ujian kecil dari Allah.


Badan saya mula tak bermaya. Kepala asyik sakit. Hari ini saya diam saja. Buat kerja, saya diam. Orang buat lawak, saya senyum dan gelak. Tapi, saya tak mampu nak kata apa-apa dan usik siapa-siapa. Saya rasa lemah dan tak bermaya yang amat.

Balik dari rumah kawan, saya berharap dapat selesaikan kerja yang berlambak-lambak, dan study untuk test Khamis ni. Sampai dirumah, badan saya rasa lain macam dan tak sedap. Saya macam hilang punca, tak boleh duduk diam. Saya ke hulur ke hilir di dalam bilik macam ada benda tak kena. Badan saya rasa berbeza sangat, panas yang lain macam. Kejap saya berdiri tegak, kejap saya berjalan ke sana ke mari, kejap saya duduk.

Lepas makan, barulah saya buka semua kerja yang ada. Saya berusaha untuk buat kerja-kerja yang sepatutnya. Saya stuck! Sebab graf yang kawan saya buat tidak difahami dengan baik oleh saya menyebabkan saya hilang mood untuk buat. Penat saya hubungi dia, kawan dia kata dia pergi dating. Frust! Jadi saya cuba cari alternatif untuk buat kerja yang lain pula. Mata saya pula mula berpanas-panasan. Saya rasa tak senang duduk apabila dua orang roomate saya sedang tidur dengan nyenyaknya walaupun buku-buku mereka masih lagi bertebaran di atas katil dan lantai. Begitulah kisah dua orang roomate saya yang hardworking tak macam saya.


Cuaca sangat menakutkan. Saya tak pernah rasa badan saya selemah ini. Saya tak pernah rasa menggigil yang teruk setiap pagi dan malam sebelum tidur. Saya tak pernah selimutkan badan saya menggunakan selimut yang tebal. Saya rasa badan saya perlukan rehat. Tetapi, apakan daya waktu-waktu begini belumlah waktu rehat yang betul. Tekak saya sangat perit, sangat-sangat-sangat. Kalau diberi skala dari 1-10 saya akan pilih 9. Saya agak stress sekarang ni dengan dugaan kecil ini. Tapi saya selalu pesan diri saya, sakit itu adalah kafarah, maka saya cuba terima seadanya dengan hati yang terbuka walaupun perit.

Ya Allah, permudahkan urusan kami. Ya Allah bantulah kerja-kerja kami. Ya Allah, elakkan tempat kami dari bala bencana yang dahsyat. Ya Allah bimbinglah kami ke jalan yang Kau redhai. Ya Allah, Kau Maha Mendengar Maha Mengetahui.


Jaga kesihatan masing-masing ya ketika cuaca tak menentu sebegini!

0 Shreks:

 
;