Banjir Rahmat

Salam.

Malam ni pinjam broadband kawan. Sebab, konon nak test line. Nampak ok saja. Insyaallah semester depan dapatlah broadband sendiri. Jika diizinkanNya.

Hujan. Tak henti dari semalam. Subhanallah, barulah dapat merasa betapa kuasa Tuhan itu luar biasa. Tiada apa yang mampu menandingi jika Dia kata, pasti! Ini baru kecil nikmatNya, baru kecil ujianNya, baru tidak seberapa dugaanNya. Itupun ramai sudah berkeluh-kesah. Ya, mak bimbang. Jadi, mak pesan jangan balik BP. Oh, saya anak yang Solehah (amin!) memang takkan baliklahkan.


Kesihatan? Dasyat juga penangannya. Badan lemah saja. Menggigil senantiasa. Macam dah tak ada tempat untuk panaskan badan. Dalam kereta, dalam rumah, dalam kelas, sejuk saja. Ini kecil saja, jangan mengeluh sangat. Bahagia tu memang bahagia, sebab kelas macam Heaven, berlubang-lubang.

Banjir, dah ada tanda. Doakan semoga tidak seteruk semester lepas. Semua kedai-kedai dan bank sudah mula mengemas outlet masing-masing. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Dengarnya empangan Bekok akan dibuka, tengok sajalah apa berlaku esok. Moga semuanya masih selamat untuk bergerak ke UiTM. Kampung kami insyaallah setakat ni masih belum ditenggelami air. Rumah kami pula tinggi, insyaallah tak ada apa-apa. Cuma takut jadi pulau sajalah rumah ni. Doa-doalah tak ada apa-apa berlaku.

Final tak lama saja lagi. Aku harap kawan-kawan batch aku iaitu part 4, supaya ramai lagi boleh dapat dekan. Sebenarnya ni bukan harapan aku, tapi KP pernah cakap dia teringin tengok batch kita dapat dekan ramai-ramai. Sebab, mungkin tak pernah ada wakil agaknya batch kita ni. Tak pasti kenapa cakap macamtu. Insyaallah, amin.


Kita perbaiki niat, dan amalan kita bermula hari ini. Semoga amalan-amalan tu bukan semata-mata kerana final exam sahaja, tapi lebih kepada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina. Anggap saja ini sebagai permulaan atau pencetus untuk kita perbaiki diri dan seterusnya kita istiqamah dan perbaiki sikit-sikit sehinggalah akhir nyawa insyaallah. Yang penting niat dan kesungguhan.

Belajar-belajar juga. Tanggungjawab dan amanah, jangan sesekali diabaikan. Jangan dilambatkan. Jangan ditinggalkan. Jangan dilewakan. Kenapa bila ilmu akhirat je, kita selalu kurang nak ambil kisah. Tapi bila ilmu dunia, segala-galanya untuk dunia tak kisah apa saja sanggup dilakukan, asalkan ilmu itu berada dalam genggaman. Tak adil untuk diri kita sebagai hamba Allah.

Semoga berjaya! Jom fastabiqul khairat, jom ramai-ramai kumpul kebaikan.


0 Shreks:

 
;