Rahmat Allah

Mohon maaf atas salah dan silap sepanjang penulisan didalam blog ini. Moga lebih bermanfaat dimasa hadapan. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan didoakan agar anda semua dapat beramal dengan lebih banyak lagi sepanjang Ramadhan dan melakukan perkara-perkara berfaedah. Tak lupa juga berusaha untuk kejar malam 1000 bulan. Pastikan! Ianya berterusan sehingga hayat dikandung badan.

Selamat berpesta!


Hari ni hanya nak tulis tebuk-tebuk je. Tersentuh dengan kata-kata Emma Watson,

The less you reveal, the more people can wonder.

Apa maksudnya ya? Bahasa melayunya, semakin kurang kita tayangkan, semakin ramai orang ingin ketahui. Betul ke? Atau, semakin kita menutup aurat, semakin BEST mata memandang. (?)

Ramadhan tak lama je lagi. Dah bersedia ke nak lalui? Dah bersedia ke nak less your reveal? Dah bersedia ke nak menutup aurat? Insyaallah.  ^___^


Kadang-kadang rasa letih, penat dan sebagainya. Kadang-kadang fikir, sampai bila nak lalui semua ni? Sampai bila kita nak bertahan? Sampai bila kita nak duduk bekerja sendirian?

Tak, sebenarnya kita tak berseorangan. Ada je orang yang membantu, pasti ada. Cuma, adakah kita telah manfaatkan mereka untuk bekerja? Atau kita yang takut dan manjakan mereka sehingga mereka leka dengan dunia sendiri? Yes! Semua salah kita, salah aku. Takkanlah salah mereka? Sedangkan tugas kita untuk memahamkan dan menggerakkan mereka supaya mereka juga boleh memahamkan dan menggerakkan orang lain. Itulah MLM yang kita nak bina.

Bangun Kausar, bangun. Walaupun mereka jauh dari pandangan mata, mereka masih perlukan kau. Jangan malas sangat Kausar. Doakan mereka, teruskan doa. Semalam kau tersenyum bukan? Tersenyum kerana mereka bersedia untuk menyampaikan cerita kepada adik-adik baru. Ya, aku senyum syukur. Syukur ya Allah. Bukan atas usaha aku, atas rahmat-Mu ya Allah. Apa sangat yang aku buat ya Allah. Jangan kau tarik semangat itu lagi, belum masanya lagi Kau tarik. Biarlah kasih dan rahmat-Mu hinggap dalam hati itu untuk tempoh yang panjang.

Hidup ini perlukan pengorbanan. Biarpun sedikit, pengorbanan tetap perlu dilakukan. Ya, kadang-kadang kecewa, kecewa dengan hasil yang tidak seberapa. Kecewa dengan kata-kata mereka. Kecewa dengan perlakuan mereka terhadap kita. Beginikah tarbiyah yang mereka dapat selama bersama kita? Dimana silapnya? Kita mula mempersoalkan dirinya. Kita menghukum dan meletak sepenuh kesalahan pada bahu mereka dalam diam. Tetapi hakikatnya, cacatnya adalah berpunca dari diri kita. Biarpun halangan demi halangan menggugat iman kita, tabahlah. Ya, ujian itu mampu mengheret kita ke lembah futur. Lembah yang sangat menyedihkan dan menyakitkan buat kita. Hanya Allah saja yang faham keadaan dan kesukaran kita ketika itu.

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."  39:53

Sebenarnya, Allah sedang perhatikan kita. Allah sedang mengingati dan mengingatkan kita. Allah sedang menguji kita. Allah sedang menilai kita. Bersyukurlah, dan bersyukur kerana kita diuji.

Adik-adik, walau apapun ujian kita, mara dan terus mara. Allah membuka jalan buat kita, hidayah Allah telah sampai buat kamu, maka hargailah dan jangan sesekali lepaskannya. Takut nanti, Allah akan tarik semula nikmat itu (nauzubillah) dan entah bila hidayah itu akan menyapa kita semula. Tak ada cinta yang sempurna melainkan cinta Allah.


Akak sayang kamu semua, FaiqaAzaDayahHaninFarhanAfiefah, Anis, Sukma, Nisa, Afifah Akilah, Aisha, Dayah, Izian, Puteri, Wajhi, Zati, Fatin, Saidah, Hajar, Miza. Walaupun antara kamu sudah berpindah naqibah, atau mungkin sudah berhijrah tempat, sesungguhnya kamu memang dipilih oleh Allah. Maka teruskan bermujahadah walaupun sukar. =)

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?"  41:33

Salam sayang. > . <

2 Shreks:

cik faiqah said...

sayanggg akak jugakk :)
cepattt balik uitm .miss you sangat :)

aNdi.Hanin::حنين said...

doakan kite menemui kekuatan, iman tengah buntu sekarang.

=_=

 
;