Pintu Ramadhan

Salam.

Ramadhan minggu depan. Tak sabar rasanya. Rasa macam nak tukar blog lain. Eh, bukan buat baru, tapi nak tambah lagi satu. Mungkin yang lebih baik dari yang ini? Ceh, setiap kali tukar kata nak jadi baik. Tapi, macam tak pernah menjadipun? Sekurang-kurangnya adalah juga peningkatan tu. Tak adalah teruk sangat compare dengan 8 tahun yang lepaskan? Lagi ganas. Sekarang dah baik sikit. Tak ada ganas-ganas dah. Sopan je.

Insyaallah, bila tiba Ramadhan je terasa banyak sangat perubahan nak buat. Kadang-kadang tu, semangat tu hadir awal-awal Syawal je, lepastu entah lari ke mana. Ramadhan lepas macam tak berapa ingat sangat memorinya. Maybe sebab kerja, jadi macam tak ada apa sangat. Sumpah tak ingat langsung! So sad ok!

Bila Ramadhan je, mesti teringat jasa mak melahirkan aku. Mak kata, masa mak lahirkan aku, mak terpaksa beraya atas katil. Maklumlah, lahir 30 Ramadhan. Kesian mak. Memang setiap kali nak habis je Ramadhan, mesti aku kenang kisah tu. Mustahillah aku ingat saat-saat aku dilahirkan, cuma membayangkan macamana keadaan mak masa tu. Letih nak layan kerenah aku menangis tak henti-henti. Mak kata aku ni selalu je kembung. Sebab tu suka menangis. Kesian mak.

Ramadhan menjelma je, aku mesti teringat satu mimpi aku yang sangatlah pelik. Sampai sekarang aku masih memikirkan, apa maksud mimpi tu? Malaslah nak fikir banyak, tetapi sebab mimpi tu hanya berlaku ketika Ramadhan, jadi mestilah ianya menjadi satu memori yang sukar dilupakan. Harapnya Ramadhan kali ni tak mimpi dah.

Al-Quran dan Ramadhan, macam adik-beradik. Dulu, masa sekolah-sekolah selalu bersaing dengan abang ngah, siapa dapat khatam al-Quran. Sebab, nanti dapat duit dari abah! Yahooo! Dah tua bangka ni, takkanlah nak buat perangai macamtu lagikan? Ramadhan kali ni kena khatam 2x walaupun nampak macam mustahilkan? Khatam sekalipun aku ni macam memerlukan extra days je lagi selepas Ramadhan berakhir. Jadilah Khatam untuk Ramadhan dan Syawal. Haha. Tapi, sangat sedih bila tak dapat khatamkan al-Quran sebenarnya.

Dalam Ramadhan mesti ada terawihkan? Aku jaranglah tinggal terawih. Sebab penat macamanapun aku, terawih tetap buat walaupun berseorangan. Serius. Bila Ramadhan je automatik rasa terawih tu macam wajib. Tak dapat berjemaah, berseoranganpun rasa bersyukur dapat buat. Lepasni kena wajibkan sunat rawatib pula walaupun penat. ><" (boleh ke ni?). Sebenarnya, memang kena wajibkan pun. Leka-leka. Bila duduk rumah ni, lain sikit kalau duduk dekat kampus. Dekat kampus semuapun wajib. Haha. Rawatib, maathurat, tahajud, hajat, istikharah. Wajib seminggu 2-3 kali. Duduk rumah, wajib jadi harus je. Aduh. Leka-leka.

Semakin dekat Ramadhan, semakin tak sabar nak bekerja. Tetapi sedih, aku tekad Ramadhan untuk tidak turun ke Segamat. Macamana ek? Sebenarnya nak kurangkan bermusafir. Mungkin 2x je turun ke? Rasa bersalah dan tak best kalau tak turun bantu adik-adik. Tetapi, tetapi dan tetapi. Rindu sangat-sangat-sangat-sangat dengan adik-adik. Allah, tolonglah bagi kemudahan. Boleh kot, insyaallah kena cuba ni. So much time to be given. KKTM, STI, Segamat. Oh-oh my mother, forgive me.

Ya Allah, sampaikan aku pada Ramadhan, bulan rahmat. Walaupun tinggal beberapa hari saja lagi, mohon panjangkan umur agar dapat merasa lagi Ramadhan tahun ini. Perkenankan.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;