Clean Your Closet

Sorry, I wasn't there.


Sebelum berlakunya Bersih, tak banyak sangat aku hebah-hebahkan. Hak individu untuk pergi atau tidak. Tetapi kita masih nak tahu status Bersih dan sebagainya. Cuma untuk menghadiri perhimpunan tu, rasa macam mustahil. Aku di Johor, Bersih di KL. Ya, ada yang kata pergi sajalah naik bas. Pun mustahil. Ramai juga sahabat-sahabat asal niat ingin menyertai perhimpunan, tetapi dihalang oleh keluarga. Biasalah tu.

Sebenarnya, aku tak pernah rasa Bersih ni sebahagian dari Politik. Ianya suara rakyat. Ianya di pimpin oleh badan-badan NGO. Bukannya mereka mempunyai parti untuk meraih undi. Dan tuntutan yang dibuat tidak melambangkan langsung yang Bersih ingin menggulingkan kerajaan.

Tetapi malangnya, ramai mengaitkan Bersih dengan agenda politik tertentu. Jika ada sekalipun, kenapa pihak kerajaan terlalu takut untuk menerima atau mendengar suara rakyat? Aku percaya, ada juga rakyat yang berpihak kepada kerajaan turun memberikan sokongan. Suara rakyat adalah RAKYAT, bukannya suara rakyat mewakili pembangkang. Aku tak minat nak tulis isu politik, atau nak ambil tahu sangat pasal politik dan kongsi. Dan Bersih, bukan lagi isu politik yang sibuk di canangkan oleh TV3. Tak adil sungguh.

Kalau rasa nak salahkan pembangkang, go ahead. Akupun tak kisah sangat. Tetapi Bersih tak ada kena mengena dengan pihak pembangkang. Pihak pembangkang hanya bersetuju dan mengambil bahagian dengan perhimpunan ini yang diketuai oleh Ambiga. Tak ada masalahpun kalau kerajaan atau BN dan UMNO untuk bersetuju dengan 8 tuntutan yang di bawa oleh Bersih. Tak ada apa yang rugi. Bahkan lebih menguntungkan rakyat dan negara di masa akan datang.

Sepanjang harini aku cuba baca perkembangan Bersih. Semalam tak sempat, petang tu baru balik dari Segamat dan malam pergi makan luar. Jujurnya aku mengalir air mata tengok beberapa video yang sangat menyentuh perasaan. Kadang-kadang kita rasa sangat marah dengan orang-orang yang tidak bertanggungjawab di atas kekasaran yang dilakukan terhadap orang lain. Biarpun tujuannya baik, matlamat tidak menghalalkan caranya. Gunalah cara yang lebih baik yang tidak akan memudaratkan mana-mana pihak.


Kenapa sukar untuk berhimpun dengan aman di Malaysia ni? Rasanya, perhimpunan kali ni paling ramai, dan paling menyentuh hati. Sehingga ada yang terkorban mempertahankan tuntutan tersebut. Moga rohnya di kalangan orang-orang yang beriman insyaallah. Sesungguhnya Allah saja yang mengetahui hati-hati manusia. Dan Allah pemegang hati-hati hambaNya sama ada kita akan menerima hidayah Allah, atau sebaliknya. Maka, berdoalah dan berusahalah agar hati kita mendapat nur dariNya agar segala kebaikan mudah dilakukan. Dan segala kejahatan akan terbenteng dengan sendirinya melalui iman, insyaallah.

Aku taknak cerita pasal polis-polis ketika Bersih. Rasanya tugasnya memang begitu. Menentang mana-mana individu di perhimpunan yang degil dan tak mahu dengar cakap mereka. Mereka lebih berkuasa dari suara rakyat. Suara rakyat, hanya laungan kosong bagi mereka. Jadi, kita kena tegar dan istiqamah dengan perjuangan ini. Biarlah orang rasa ianya perjuangan yang sia-sia, tetapi kita lebih tahu apa yang kita perjuangkan. Itu lebih baik.


Bersih baru melangkah setapak. Perjalanannya masih jauh. Selagi 8 tuntutan itu tidak dilaksanakan, sudah pasti ianya akan tetap di teruskan.

Bersihkan segala kekotoran yang ada di dalam sistem pilihanraya. Berani Benar, Takut Salah.

0 Shreks:

 
;