Jalan Ceritaku

My brother Achik already back. Dia kata tak tahan duduk di sekolah. Oh ya, terlupa agaknya nak cerita. Tangan dia patah, main bola.

Haritu dia berlagak sikit, kena pergi sekolah. Patah tangan sikit je. Itulah orang kata, jangan cakap besar. Memang kita rasa macam tak susah mana, sebab masa tu kita tak buat kerja susah lagi. Bila di sekolah, semua benda kena buat sendiri. Makanya, segala yang mudah menjadi sukar. Kalau dirumah, semuanya disediakan. Kalau disekolah, semuanya sendiri. Kawan mestilah tolong, tetapi dia seganlah agaknya. Tak semua benda kawan mampu tolong. Contohnya bawa beg yang berat.

Sekarang beliau tengah tidur dengan nyenyaknya.

Mak dan abah akan bertolak ke PD esok. Kalau Achik tak ada dirumah, mungkin hari Sabtu aku boleh beli tiket ke PD. Tetapi, tiada kata putus yang muktamad lagi setakat ini. Kerana empunya badan sudah pengsan sejurus menyandarkan diri di atas sofa empuk di hadapan TV selepas pulang dari JB. Jawablah.

Telefon aku makin lama, semakin bijak dan pandai. Kebijakannya menyebabkan dia sudah pandai merajuk dan bermasam muka. Kadang-kadang menunjukkan protes tanda tidak puas hati kerana tak henti-henti vibrate dari pagi hingga ke malam. Janganlah macam tu, nanti ada duit kita upgrade canggih sikit ok? Rasa macam nak beli SE juga, tetapi harga SE tak pernah murah berbanding Samsung dan lain-lain. BlackBerry? Apa tu? Nanti nak ulangkajilah pasal BlackBerry ni.


Serabut? Adalah sikit. Kalau tak serabut, tak ada warna-warnilah hidup kita. Serabut membuatkan kita cuba berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Betul, kadang-kadang tu sakit hati. Mana penyelesaiannya? Lama betul nak jumpa. Ada, sabar. Biasanya aku akan dapat idea masa tengah solat. Terukkan syaitan mempermainkan kita? Dalam solat pula dia bagi ilham. Memanglah baik, tetapi tak patut mengganggu konsentrasi orang lain yang sedang menunaikan ibadah wajibnya. Ada syaitan kisah?

Tetapi serabut hari ni, belum lagi jumpa jalan penyelesaian. Sampai bila? Kita tengok saja.

Hari ni jumpa adik usrah lama. Banyaklah dengar dia bercerita pasal pengalaman dengan adik-adik baru. Tetapi, masalah keyakinan masih menjadi masalah akar. Aku selalu pesan dekat adik-adik ni, dalam usrah sendiri kena praktis. Mahirkan. Kalau tak praktis, sampai bila-bila pun keyakinan tu takkan muncul. Since aku tak pegang usrah mereka, nothing that I could do to help her unless keep encouraging. Insyaallah. Usaha dan terus usaha. Rindu sangat dekat diorang. Lepastu ziarah adik usrah lama sorang lagi. Datang rumah dia, jumpa mak, abang dia, dan adik-adik dia. Bestnya bila kita dapat kenal keluarga adik-adik kita. Setakat ni macam tak mampu lagi nak buat dekat semua. Sebenarnya bukan tak mampu, mungkin belum berusaha lebih untuk jadikan ia kemampuan.

Esok nak gerak ke Segamat lagi. Entahlah, sampai bila aku akan berhenti buat kerja ni? Hehe. Insyaallah kerja baik, cuma penat sedikit. Cerita dekat seorang ukhti, rasa macam lega bila dapat menceritakan masalah ulang-alik yang aku lalui. Rasa macam ada seseorang yang sangat memahami keadaan aku walaupun mungkin beliau tak mampu nak bantu apa-apa, tetapi sekadar meminjamkan telinga sudah terasa leganya ada orang sudi mendengar. Jazakillah ukhti. Ana tahu enti sedang baca ^_^

Hidup ini sangat menuntut pengorbanan. Rasanya semua orangpun pernah dan akan melalui jalan cerita yang sama konsepnya. Tetapi, ianya diolahkan mengikut kesesuaian watak dan latarbelakang. Setiap orang ada jalan cerita tersendiri. Jadi, inilah jalan cerita aku. Aku sedang menzahirkannya supaya ia tidak nampak pudar, ia perlukan pencerahan supaya cerita aku nampak hidup. Hidup untuk Islam.


Jadi, bagaimana dengan jalan cerita hidup anda? Masih ada lagikah nilai-nilai Islam? Jika tidak, jom kita perbaiki jalan cerita yang lebih baik supaya nampak lebih hidup untuk Islam.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;