Mari Belajar

Alhamdulillah.


Sabar tak nak sambut Ramadhan? Rasa macam lama lagi, tetapi sebenarnya tinggal beberapa hari je lagi. Tadi pergi majlis ilmu sempena menyambut kedatangan Ramadhan. Waktu Ramadhan tak boleh nak buat sangat, sebab malam je nak buat solat Terawih.

Jumpalah sahabat-sahabat lama. Seronok sangat. Sebenarnya tak tahupun ada sebahagian adik-adik ni ada dekat Parit Raja lagi. Baru je tahu tadi. Ingatkan masing-masing dah bercuti di kampung halaman. Terlupa pula ada yang masih lagi Diploma, kanak-kanak lagi. Hehe. Comel je. Insyaallah, hati kita masih ada ikatan yang utuh, rasa gembira sangat dapat lihat muka masing-masing. Dah besar rupanya. Hehe. Dulu masih baby lagi (kelakarlah tu), ditatang bagai minyak yang penuh. Sekarang ni dah boleh jalan-jalan sikit-sikit, tak perlukan sokongan banyak sangat macam ketika bayi. Insyaallah.


Allah sayang sangat dekat kitakan? Banyak sangat Dia bagi, dan jarang kita nak hargai. Dia bagi kita persahabatan. Dia bagi kita kasih sayang. Dia bagi kita cinta. Dia bagi kita pengalaman. Dia bagi kita ukhuwah. Dia bagi kita tarbiyah. Dia bagi kita usrah. Dia bagi kita peringatan. Itu hanya 0.001% daripada nikmat yang ada di atas muka bumi ni diberikan pada kita. Banyak lagi yang nak sebut, tetapi tak mampu kerana terlalu banyak yang amat. Jarang sekali kita bersyukur.

Cukupkah kita bersyukur hanya dengan membuat ibadah wajib tanpa menambah sedikitpun amalan sunat? Cukupkah hanya dengan berzikir siang dan malam, tanpa menghiraukan mereka yang alpa? Cukupkah hanya dengan bertafakur di masjid, tanpa mengajak orang lain ke masjid? Cukupkah hanya mendengar kuliah-kuliah di masjid, tanpa menyampaikan semula kepada orang lain? Cukupkah hanya seorang ustaz mengajar dihadapan berpuluh-puluh peserta kemudian mereka pulang tanpa berkongsi ilmu itu dengan sahabat mereka? Cukupkah hanya dengan ini Islam akan berkembang pesat di peringkat dunia?

Allah menjanjikan kemenangan untuk umat Islam, tetapi kita belum pasti akan menang di akhirat kelak.

Hidup ini adalah tarbiyah (didikan). Kita tidak perlu mengharapkan satu tempoh yang panjang dan lama, memencilkan diri serta mengasingkan diri daripada orang lain hanya untuk mendapatkan tarbiyah. Tidak semestinya. Rasulullah juga ditarbiyahkan oleh Allah melalui perjalanan hidup baginda sedari kecil sehingga baginda wafat. Itulah tarbiyah yang diterima baginda. Dan kini, kita sedang mencontohi sunnahnya, melalui proses kehidupan sebagai seorang hamba Allah, seorang muslim/ah, seorang manusia yang tahu tujuan ia diciptakan. Bersyukurlah dengan pengalaman yang berharga yang telah dan sedang kita lalui, kerana itu semua adalah tarbiyah dari Allah. Alhamdulillah.


Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita belajar dari pengalaman dan mengambil iktibar dari setiap pengalaman itu. Pastikan pengalaman itu membantu kita untuk jadi lebih baik. Belum cuba belum tahu.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;