Bukan Mudah

Ok. Sihat?


Nak ajak orang buat baik, tak mudah bukan? Kita selalu baca blog-blog tulis pasal perkara-perkara yang baik, insyaallah orang akan baca. Ada yang cuma mengangguk tanda setuju, kemudian pangkah dan lupa. Ada yang simpan, jadikan iktibar bila lupa diri. Ada yang ingin tahu lebih banyak, dan terus mencari-cari ilmu lebih banyak. Semakin banyak kita membaca, semakin terasa sedikitnya ilmu kita. Tetapi, cukupkah hanya dengan membaca di blog-blog, di website-website, di facebook, untuk tujuan perbaiki diri?

Tepuk dada tanya iman. Setakat hari ni, berapa peratus dah pencapaian kita memperbaiki diri dengan hanya melakukan aktiviti-aktiviti tersebut? Semoga berjaya.


Malam tadi aku rasa sedih yang amat. Salah seorang adik, meluahkan perasaan tidak puas hati dekat aku. Itupun selepas ditekan banyak kali, apa masalah dia sebenarnya. Tak, tak pernah buruksangka langsung. Cuma tertanya-tanya kenapa susah nak jumpa. Kenapa nampak macam melarikan diri. Masalah tidak akan selesai hanya dengan melarikan diri. Bahkan masalah akan semakin bertambah dan tambah apabila ia tidak cuba diselesaikan. Akhirnya, ia terkeluar dengan paksa. Bila dah keluar, segala yang buruk-buruk akan turut mengiringi. Sedih.

Jujurnya, perasaan perempuan sangat complicated. Hati dan jiwa mereka agak sukar dijangka. Biarpun aku seorang perempuan, masih tidak mampu untuk faham sahabat sesama perempuan juga. Kita boleh jangka, tetapi ianya tidak pasti. Kadang betul, kadang salah. Itulah aturan yang Allah anugerahkan pada perempuan. Dan aku bersyukur, kerana inilah yang mendidik jiwa dan kesebaran dalam diri naqibah. Allah anugerahkan mereka yang tidak mudah untuk didekati dan faham. Maka, aku perlu bersungguh-sungguh lebih sikit dari orang lain.

Ini semua lumrah. Ini semua proses tarbiyah. Ini semua bukanlah perkara besar. Tetapi ia akan menjadi besar apabila kita melengahkan dan mengabaikan. Mereka adalah mad'u, maka mereka mempunyai hak untuk diberi perhatian. Perasaan cemburu dikalangan adik-adik kadang-kadang buat kita rasa kecewa dengan diri sendiri. Betulkah kita tidak adil dengan mereka? Betulkah kita meminggirkan mereka? Betulkah kita adalah punca kepada perpecahan dikalangan mereka? Ya Allah, besar sungguh ujian-Mu. Kadang-kadang aku tidak tahu kudratku sendiri. Hanya kudrat aku ni sahajalah aku ada untuk menjaga mereka, untuk adil pada mereka. Tidak tahu siapa lagi yang aku boleh harap melainkan Dia untuk bersama-sama menjaga mereka. Sesungguhnya, hati mereka ada bersama-Nya.


Berulang-alik dari BP ke Segamat, bukannya mudah. Mak kadang-kadang berat nak lepaskan. Aku selalu saja bagi alasan nak tengok kereta. Kemudian ziarah naqibah. Bukan dia takkan bagi, mungkin dia berat nak bagi. Kadang-kadang penat, sangat penat drive. Hari Selasa drive ke Segamat, hari Rabu drive pulang ke BP. Kadang-kadang teringin juga ada orang teman on the way pergi dan balik, tetapi dah cuba cari, tak ada orang yang boleh teman. Bukan apa, bila berseorangan, possibility untuk mengantuk itu tinggi. Letih drive 2 jam lebih. Kalau ada co-driver, alhamdulillah lagi seronok. Aku bukan cuba mengeluh, cuma kadang-kadang kita teringin meluahkan rasa hati kita.

Tetapi Alhamdulillah, Allah memberi aku peluang untuk merasai pengalaman ini. Dan aku setiasa berfikir bagaimana aku boleh tolong adik-adik ni dari jauh? Apa lagi yang boleh aku tolong? Aku harap sangat uskab boleh tolong aku. Mungkin kalau diorang boleh tolong, aku turun 2 minggu sekali ke. Hehe. Moga Allah permudahkan. Maklumlah, pengalaman aku sangat cetek dan sangat sedikit. Insyaallah berusaha untuk mencedok sebanyak pengalaman yang mungkin.

Insyaallah. Adik-adikku, jaga diri kalian sebaik mungkin. Akak hanya mampu tolong sikit-sikit, tetapi selebihnya adalah usaha masing-masing. Ok?

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;