Car Rental Biz

Salam.

Sudah 3 bulan lebih sikit kami (aku dan Uda) menjalankan perniagaan kereta sewa di UiTM Segamat. Selama 3 bulan itu, seramai 3 orang pernah bekerja menguruskan proses penyewaan. Di awal perniagaan semuanya diuruskan sepenuhnya oleh aku. Naik semester, aku upah Dayah untuk tolong uruskan. Dayah tak sanggup teruskan sebab terlalu sibuk dengan kelab dan pelajaran. Jadi, dia resigned selepas 10 hari bekerja. Kemudian Zera mengambil alih. Alhamdulillah, Zera banyak sangat membantu. Hopefully dia boleh bertahan dengan kesibukan yang melanda. Setakat ini kami mempunyai 2 kereta yang sedang disewakan.

Dengar pasal berniaga sendiri, kita pasti fikirkan keuntungan yang berganda-ganda. Dalam kepala kita, duit masyuk. Lambang RM mengaburi mata. Serius, sangat seronok bila kita ada perniagaan sendiri. Walaupun sebagai permulaan, duit masuk memang tak banyak. Kita kena banyak bekorban sikit sebab kita kena utamakan bayaran duit kereta bulanan, bayaran modal balik, duit syarikat, terlebih dahulu sebelum kita boleh ambil bahagian kita. Tetapi lama-lama, hasilnya akan terlihat apabila kita sudah lalui hari-hari yang mencabar dalam menguruskan perniagaan ini.


Contohnya, minggu ni sahaja kami habis beratus-ratus untuk ganti tayar kereta yang rosak. Bukan 1, bukan 2 tetapi 3. Dan tayar ketiga adalah tayar yang baru saja di tukar sehari. Sedihlah disitu. Tayar baru kot. Tetapi, inilah namanya risiko. Jangan sangka barang baru tidak boleh rosak langsung. Jangan sangka barang baru, akan mengambil masa yang lama untuk rosak. Inilah risiko, dan kita kena sentiasa bersedia menghadapinya. Tak boleh nak enjoy lagi sebab duit syarikat semakin kempis biarpun bulan ni untung kasar melebihi RM3000 tetapi selepas ditolak duit kereta dan bayaran-bayaran maintenance, tinggal seribu lebih je.

Dalam masa yang sama aku banyak belajar pasal kereta walaupun aku tak menguruskan kereta ni sepenuhnya, tetapi dari jauh aku boleh belajar sikit-sikit. Kesian Zera dialah yang terpaksa uruskan dekat Segamat. Kami dekat sini hanya mampu tolong dari jauh je. Insyaallah, bayaran untuk dia berbaloi dengan kerja yang dia lakukan. Mak dan Uda pesan, jangan bagi sikit sangat pada dia sebab dia banyak tolong kita. Insyaallah, kita kena bagi sesuatu yang seimbang dengan kerjanya.


Kami sudah rasminya mempunyai syarikat service kereta sewa. Cuma sangat baru dan dalam proses mengembangkannya ke IPT-IPT lain. Insyaallah kami merancang untuk menambah sebuah lagi kereta dalam masa terdekat. Mungkin bukan bulan ni, tetapi bulan depan. Tengoklah siapa yang nak invest pula lepasni. Setakat ni 2 kereta di labur oleh mak dan abang long. Kami ada juga minta abah melabur sebuah kereta untuk kami, tetapi nampaknya kata-kata kami tidak merangsangkan beliau langsung. Huhu.

Ada sesiapa nak melabur kereta dengan kami? =)

2 Shreks:

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

boleh melabur berapa sen? :D

Kay J said...

kalau 200 sen boleh dpt satu kereta, boleh takde masalah. every month kami bayar pakai income bulanan. tgklah 200 sen tu boleh dibayar dalam tempoh brapa lama. kalau nak setahun, 200 sen bahagikan dengan 12 bulan =)

 
;