Tenang Hari

Salam.

Semalam sampai rumah jam 6 lebih petang. Mak terkejut. Sebab beritahu mak mungkin sampai dalam jam 8.30 malam sebab bertolak dari Segamat pukul 5.30 petang. Disebabkan tak sabar nak balik, semalam petang lepas paper E-Com, keluar awal. Habis sepatutnya 5.13 petang, tapi aku keluar 4.20 petang. Lebih kurang sejam awal. Immediately went home. Singgah parking NR kejap panaskan enjin viva hitam, park dekat tempat redup sikit, barulah gerak balik naik viva merah.

Rasa sangat-sangat tenang bila berada di rumah. Lepas final, lagilah terasa tenangnya. Mungkin sangat stress paper last sekali ada 2 dalam sehari. Memang sakit kepala. That was my first experienced having 2 killer papers at one day. Tak adalah killer sangat, but still core subjects dalam Marketing.

Cuti ni untuk seminggu ni je. Insyaallah, Selasa atau Rabu depan baru balik ke UiTM. Tengah fikir nak bawa barang apa. Sebabnya, semua barang dekat UiTM haritu aku dah angkut balik dengan viva. Penuh jugalah viva aku. Baik punya kemaspun masih banyak juga. Tak adalah packed sangat, masih boleh sumbat banyak barang lagi, but still nampak banyak. Hehe. So, untuk short course ni mungkin bawa barang tertentu je. Malas pula nak bawa macam-macam.. Periuk nasi macam nak bawa, tetapi tengah fikirkan lagi.

Rumah dah decide nak duduk rumah NR. Memang tak boleh nak imagine lagi dekat mana rumah tu, dan macamana. Tapi baguslah kalau duduk rumah NR tu, sebabnya aku boleh uruskan kereta sewa sendiri. Bukan tak nak hire orang, cuma kalau hire orang masalahnya duit kena bahagikan lagi banyaklah, makna income kita kurang. Bukan nak kedekut sangat ke apa, tetapi bila berniaga ni at first kita kena consider keperluan kita, maka kita sendirilah kena usaha kalau nak lebih.

Ada member kata nak invest, bagi kereta aku tolong uruskan. Tak tahulah jadi ke tak diorang ni. Aku tunggu je. Ada lagi junior beritahu, probably dia nak bagi kereta minta aku tolong uruskan. Boleh tak ada masalah. So, siapa lagi nak bagi kereta untuk suruh aku uruskan? Hehe.

Insyaallah, dalam masa terdekat ni kami akan daftar company, bawah nama Uda. Asalanya nak jadi sub-company je, tetapi abang Long taknak kot kitorang duduk bawah dia. So, buatlah yang baru. Kitorang tak daftar bawah partnership, sebab abang Long kata mahal kena bayar untuk sekretariat setahun. So, kitorang ambil jalan mudah tanpa risiko, daftar sebagai persendirian dulu. Nanti company dah besar dan maju sikit, barulah kitorang daftar Sdn Bhd. Insyaallah, moga dipermudahkan.

Ada siapa-siapa nak jadi agent kereta sewa dekat universiti masing-masing? Oh ya, kami banyak fokus pada universiti je dulu. Insyaallah buat masa sekarang UiTM Segamat, dan UTHM. Akan datang mungkin UMP dan Melaka. Kita tengok macamana.

Nak cari kerja untuk cuti 3 bulan akan datang. Macam susah je. Bukan nak cari kat sini, tapi nak cari dekat Segamat. Saja nak duduk sana, dapat tengok sekali adik-adik usrah.

Income untuk kereta sewa 2 bulan ni insyaallah akan dapat. Alhamdulillah, bolehlah cover untuk belanja intersesi nanti.

Oklah, dah lewat. Selamat tidur. Jangan lupa baca doa sebelum tidur, moga Allah pelihara iman kita sepanjang tidur kita dan malaikat tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kita. Amin. Insyaallah.

0 Shreks:

 
;