Final Mei 2011

Salam.

Lebih sebulan tak update blog. Amazing tak? Sekarang tengah final, 2 papers telah berlalu dan sekarang tinggal 3 papers. Aku rasa batch kitorang je paper ada 3 lagi, yang lain semua tinggal 1 atau 2. Letih nak menunggu, letih juga nak membacanya. So far paper sedang-sedang je. Nak kata susah, boleh jawab. Nak kata senang, ada je yang macam pening-pening lalat nak fikir jawapannya. Tak apalah, usaha, doa, tawakal dan redha.

Sebelum study week, aku sangat sibuk. 3 minggu tu adalah killer weeks. Setiap hari, ada je assignment kena buat, study untuk test, dan macam-macam lagi. Almost everyday tidur rumah member. Sampai baju-baju akupun entah dekat mana-mana jer tertinggal. Ni pun, untuk paper kira-kira dah 3 hari tidur rumah member. Diorang ajak belajar sekali, belajarlah. Kesian pula kalau tak join, lagipun banyak faedah kita dapat bila kita tolong ajarkan pada orang ni. Bak kata diorang, nanti kita lagi pandai tau. Haha! Itu sebenarnya ayat goreng nak bagi sedapkan hati je, tidaklah akan pandai sangatpun. Biasa-biasa je, cuma ingatan untuk perkara yang diajarkan tu hadamlah.

Sekarang ni macam tak banyak sangat benda nak sharing. Memang totally belajar je 2-3 hari ni sebab study dengan kawan-kawan. Kalau sendiri-sendiri tu macam adalah fikir benda lain juga kot. Life is just a life. Lagi-lagi sebagai student ni banyak enjoy je budak-budak ni. Mungkin aku dah lepas kot zaman-zaman nak enjoy ni, so macam tak adalah rasa eager sangat nak lepak-lepak. Tapi, sebab sekarang ni dah belajar sama-sama, bila diorang nak ilangkan stress, lepak-lepak, join jelah. Bezanya, diorang banyak bercerita, kita banyak diam je. Better that way since kita pun tak banyak tahu perkara-perkara yang diorang bincangkan.

Oklah, should be focused sekarang ni, tetapi keadaan macam suram je. Dah biasa 2-3 hari belajar sekali ramai-ramai, jadi bila duduk sorang-sorang nak start belajar tu take time rasanya. Aduhai, siannya aku sorang-sorang dalam bilik. Hehe. Insyaallah, kejap lagi boleh kot start. Entah kenapa, tidur lama siang tadipun masih rasa mengantuk malam ni. Oh ya, cerita paling best sekali, tengah jawab paper tadi boleh rasa mengantuk. Mata dah start pedih-pedih je. Bila aku cerita dekat budak-budak lain diorang pelik, macamana boleh ngantuk. Serius, akupun tak tahu. Padahal aku ada je cakap kat member-member, tima kita tengah jawab paper, tak ada masanya nak mengantuk. Tengok-tengok, terkena batang hidung sendiri. Huhu. Maybe penangan nescafe kot. 2 hari rasanya aku minum nescafe dekat kedai, faham-faham jelah kalau kedai punya memang kaw-kawlah dapat. Letih badan.

Setakat ni dulu kot. Chow.

Wassalam.

0 Shreks:

 
;