Salah WIreless

Salam.

Ok. Sekarang ni ada dalam bilik di UiTM. Seriously, it wasn't easy to online here. Yes, wireless is everywhere. We can even online at college. But then, the signal was BRILLIANT since everyone eager to use it 24 hours. Entahlah, malas nak komen banyak. It hurts too much. Beberapa kali juga try update using wireless, tapi hampeh dan useless.

Ok, aku balik rumah beberapa kali. Tetapi, banyaklah tetapinyakan. Balik rumah je, macam ada je benda lain nak dibuat, contohnya tengok tv. Hehe. Weekend ni aku balik ya. Insyaallah, balik rumah tu tak pasti, tetapi balik bertemu kawan-kawan insyaallah. Nak pergi daurah di JB. Rindu gila dengan daurah. Its like ages I haven't been to any. Bulan lepas clash dengan modul yang WAJIB tu, but then it worthless gila. Mujur lagi tak seteruk dulu sampai 2 hari. Sekarang ni seringkas mungkin, sehari je. Oklah tu. Some improvement on going.

Ni pinjam 'beruk band' roomate. Tadi dia pergi kelas, lepastu keluar jumpa kawan agaknya. Aku pula kertas berterabur, baru lepas hantar pesanan ringkas untuk di forwardkan kepada ahli-ahli baru kelab untuk aktiviti Ahad ni. Presiden pesan hantar hari ni, aku terlupa. Pukul 9.30 malam tadi baru teringat. Oh, dan presiden dah tanya, mana risalah bulan ni? Oh ya, aku lupa lagi. Wah, banyaknya. Banyaknya, banyaknya. Hehe.

Alhamdulillah, ok saja setakat ni disini. Ujian sikit-sikit tu, rasa macam perkara biasa. Dekat mana-manapun Allah suka uji kita. Itu yang seronok. Bila di uji, kita tersedar. Hal-hal yang menyedihkan pun banyak juga. Hari ni pun sedih. Tetapi, nak buat macamana. Bukankah kesedihan itu sesuatu yang Allah beri pada kita.

Banyak sangat benda nak cerita, nak share. Minggu ni je dah berapa orang tanya pasal blog, letih nak mendengar. Ok, boleh baca. Best tak baca blog aku? Hehe. Terima kasihlah ya. Tetapi sekarang, mungkin tak ada benda lagi nak di kongsi.

Insyaallah, nanti aku beli 'beruk band' juga, sebab dah tak larat gila. Assignment semua banyak guna internet. Maklumat sekarang semua kena access internet. So, bila line slow, wireless tak dapat, aku memang boleh jadi bengang sekejaplah. At the end, aku tutup netbook dan tidur. Itulah conclusion paling baik bila mengadap internet loading 20 minit, memang geram betul. Aku yang penyabar ni pun ada tahap sabarnya juga. Betul tak? Hehe.

Aku rindu sangat akhawat UTHM. Sangat-sangat rindu untuk bersama-sama mereka bekerja. Tetapi, betul Kak M cakap, UiTM lebih memerlukan. Jangan disiakan dan jangan diabaikan. Di UTHM, zonnya agak selesa berbanding UiTM. Dekat sini, jujurnya aku struggle memikirkan bagaimana cara untuk bina hati dan bentuk peribadi adik-adik ni. Sedangkan aku sendiri ni pun, aduhai susah nak dikata. Gila dah. Usrahmate 3 orang. Tolak aku, 2 orang. Sorang, asyik nak lari je. Sorang lagi, banyak sangat aktiviti dia sampai aku pun tak faham, apa sebenarnya yang dia faham. Susah nak cakap dengan orang yang sekolah agama. (sorry to say, both of them sekolah Islam, jadi that was my perception to Islamic School). Risau, risau pada adik-adik aku yang ikut membabi buta je, tapi tak faham pun apa diorang buat dekat sekolah tu. Huhu. Apa-apa pun aku harap akhawat di UTHM terus kuat dan tegar.

Kadang-kadang aku harap, Tuhan hantarkan aku penyelamat. Tolong selamatkan kami. Tolong selamatkanku. Tetapi, tidak semua doa kita Allah perlu kabulkan, mungkin kerana kita masih mampu. Insyaallah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;