Saya Sayang Mak Saya

Salam.

Hari tu, mesej seseorang. Beritahu dia, Happy Belated Birthday. I was a day late. Sedihkan? Memang hari Ahad tu ada daurah adik-adik. Petang tu ade meeting sekejap. Malam tu rehat dah, tapi lupa juga.

Esok baru wish dia. Masa nak taip mesej tu, sedih sangat. Rindu gila. Entahlah, emosi pula. Nak buat macamana, rasa macam nak jumpa dia hari-hari macam dulu. Tetapi, terimalah hakikat. Hehe.

Alhamdulillah. Dia masih dipanjangkan umur, dan hidupnya sentiasa dilimpahkan rezeki. Apa yang penting, jasa dia takkan mampu aku balas. Sejak kecil, sehingga ke saat ini, hanya Allah sahaja yang MAMPU berikan apa yang dia harapkan.

Bila bawa kereta Viva, mesti akan sebut mak. Mak, pinjam kereta ya. Terima kasih ya mak bagi guna kereta mak. Insyaallah digunakan untuk perkara-perkara baik.

Kalau cakap masak mak je, sayu je hati. Sebab dialah satu-satu insan yang melahirkan kita dan menjaga kita. Tak ada orang pun dekat dunia ni, lebih hebat daripada mak kita. Moga hidup mak sentiasa diberkati, dilimpahkan rahmat, dan mendapat tempat disisi Allah, sebagai insan paling mulia dalam hidup kami adik-beradik, anak-anak mak yang tercinta.

Mak, akak sayang mak. I love you so much.

Mode: Touching

2 Shreks:

BicaraQalby said...

saya Pun Sayang mak saya..Cinta Mak saya. Kasih Mak saya. Mak saya,adalah segala-galanya jugak. =P

Terima kasih sebab meng'touching'kan saya jugak

Lynn Rahman said...

tertouch jugak baca entri kamu. kalau cakap pasal mak mesti rasa nak nangis je kan.

 
;