Pilihan R

Salam alaik.

Alhamdulillah. Nak update sekejap. Universiti kome, ada Pilihanraya Kampus tak? Hehe. Samalah kita. Sibuk benar mereka dengan pilihanraya. Macam-macam gaya, pandangan orang terhadap calon, dan cara nak undi calon kelakar-kelakar semuanya. Semalam masa usrah dengan adik-adik, mereka membincangkan isu ini. Kenapa kita takut nak mengundi? Kenapa kita tak pilih orang yang benar-benar layak? Kenapa kita undi sahabat kita je walhal dia bukan baik sangatpun. Tapi banyaklah sebab-sebab lain. Contohnya, sebab dia kacak, menawan dan bergaya. Atau, sebab dia glamour gila. Walhal tak kenalpun siapa mereka tu.

Begitulah, kita mengundi orang yang kita sendiri tak kenal siapa, aku agak tak sukalah cara yang begini. 2-3 hari sebelum mengundi baru nak menifesto? Baru nak promosi, baru nak menaikkan poster atau banner? Aduh, mana sempat orang nak kenal. Bagilah masa lebih, seminggu awal ke, 2 minggu awal ke. RM300 tu bazir untuk poster dan banner? Tak berbaloi, tak ada PR (Public Relation) langsung! Not enough time given. Come on lah HEP, what was that about?

Haritu daurah sangat best! Walaupun aku sorang wakil UiTM, tapi terasa seronok sangat. Mungkin sebab dah lama tak pergi daurah kot, jadi macam rindu untuk merasa pengisian dari kakak-kakak yang lebih banyak pengalaman. Selain dari pengalaman, semangat tu mesti ada! Dan tak sabar nak sharing dengan usrahmate lain malam esok. Insyaallah, boleh jadi part of pengisian dalam usrah. Rugi diorang tak dengar, especially mereka yang sudah diberi tanggungjawab tetapi tidak mahu melunaskannya.

Adik-adik pun ada daurah hari Ahad. Seronok bila dengar diorang rasa seronok pergi daurah. Sebab tak stress dan sangat santai katanya. Alhamdulillah. Diorang banyak bertanya, dan banyak berkongsi sebab tak ada lelaki. Hehe. Biasalah tu, bila campur ni terasa macam ada penghalang untuk meluahkan persoalan-persoalan yang bermain di minda. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hopefully mereka terus bersemangat untuk berkongsi selepas ini.

Esok ada qiam. Aktiviti kami, setiap minggu qiam bersama di surau. Seronok tak? Sangat seronok. Tetapi sayang, biasa orang yang sama je datang. Kadang-kadang mengharap juga adik-adik yang lain untuk turut sama untuk merapatkan lagi ukhuwah. Hehe. Insyaallah, masih dalam proses mencuba cari idea bagaimana untuk pastikan mereka sentiasa bersama-sama dengan kita. Memang kadang-kadang aku tak mampu nak mainkan peranan sebagai murobbi dengan baik. 12 orang terasa sangat ramai, tetapi sebenarnya boleh je kalau kita usaha lebih keras. Insyaallah.

Oklah. Semoga gerak kerja kita walaupun sedikit dan perlahan, Allah masih menilai dengan penuh gaya dan berharga. Hehe. Tak boleh fikir dah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;