Cuba Gembira

Salam.

Minggu ni tak tahu kenapa mata terasa berat gila. Letih ke? Tak tahu apa yang nak diletihkan. Setiap malam, jam 10 je aku dah kengantukan yang amat. Bukan perkara biasa. Selalu aku masih mampu stay up sampai jam 1 pagi. Entahlah, layan saja. Tapi biasanya akan cuba bertahan juga, paling lama pun dalam jam 12 dah tertidur.

Tak tahu nak cerita apa. Sejak akhir-akhir ni, hati jadi sayu je. Tak pasti sebab apa. Banyak sangat agaknya sebabnya sampai tak dapat kenalpasti yang mana satu sebagai punca.

Minggu ni aku terpaksa splitkan 2 group usrah, sebab nak jumpa juga ada 2 orang adik ni. Hari Selasa malam macam biasalah usrah. Rabu malam jumpa mereka berdua sebab Selasa malam mereka ada test. Macam biasa, bagi sedikit tazkirah, pembuka usrah. Lepastu memanaskan cerita dengan luahan perasaan. Hehe. Ok, sekurang-kurangnya aku dapat mendengar luahan hati mereka. Alhamdulillah Allah memilih masa yang sesuai dan gerakkan hati mereka untuk berterus-terang. Sebagai seorang murobbiah, kita banyak terlepas pandang dekat adik-adik ni. Insyaallah, cuba perbaiki diri.

Banyak sangat perkara yang kita banyak kali minta tetapi belum pernah lagi dapat. Mungkin Allah telah beri sesuatu yang lebih baik, cuma kita saja yang tak perasan, atau kita sendiri tak pernahpun nak bersyukur dengan pemberian Allah tu. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa, walhal kita tahu jawapannya. Tetapi, hati kita akan rasa lebih yakin dan tenang apabila orang lain yang memberi jawapan dan ungkapan yang sama dengan jawapan kita. Hakikatnya, kita memang inginkan sesuatu yang jelas, bukan sesuatu yang samar-samar dalam membuat keputusan.

Tadi aku dapat ide nak buat apa cuti 4 bulan akan datang ni. Asalnya nak bekerja di UiTM sebab aku nak stay di UiTM, taknak tinggalkan adik-adik tu terbiar disini. Entah macamana, ide lain timbul. Tak tahu datang dari mana. Mungkin pagi tadi, masa di admin sementara tunggu seorang sahabat, aku terpandang meja-maja di ruang legar. Jadi, aku terjumpa satu ide yang menarik hati. Kita tengok nanti macamana.

Ada masanya kita perlukan seseorang untuk buat kita gembira. Gembira tu terlalu subjektif sebab lain orang lain sebabnya dia boleh gembira. Ada orang tengok muka kawan-kawanpun dah rasa gembira. Ada orang dengar suarapun terasa beban rindu berkurangan. Banyak cara untuk gembirakan orang, pokoknya kita perlu tahu sahabat kita tu macamana. Kalau tak tahu lagi maknanya belum cukup taaruf lagi. Kadang-kadang aku tertanya, apa yang boleh membuatkan aku rasa gembira? Kenapa jarang sekali perasaan gembira hadir? Jawapan yang mungkin sukar untuk dicari. Aku harap hati aku sentiasa gembira, tanpa perlu adanya seseorang untuk menggembirakan.

Minggu depan ada ISK. Dah pesan pada adik-adik. Insyaallah, sedang mengapi-apikan mereka untuk join sekali ISK UTHM tu. Doakan.

Kau hadir dan kau pergi
Kau ceritakan dan kau tinggalkan
Kau mahu tapi taknak
Kau suka tapi elak
Kau gembira tapi sedih
Kau cuba tapi tak usaha
Kau sebenarnya begitu..
Dan tetap begitu..
Kau akan tetap begitu..
Selagi kau beralasan..

Sayonara. Wallahualam.

0 Shreks:

 
;