kerna aku sayang kamu

Aku cuma insan biasa.


Ada kalanya aku sunyi. Aku bersendiri. Tidak ada teman untuk berbicara. Tiada tempat untuk berbincang isu semasa, bahkan memohon pandangan mengenai dakwah dan tarbiyah.

Sehinggalah aku bertemu seorang sahabat.


Bicaraku dia dengar. Gurauanku dia ketawa. Usikanku disambut mesra. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas nikmat yang tidak terhingga. Aku bersyukur dan terus bersyukur. Tiada lagu sunyi dan sepi seperti dulu. Namun..


Rupanya hubungan kami menjadi fitnah. Kami tidak buat apa-apapun! Sumpah! Kami cuma berkawan. Kau gila apa ada hubungan sejenis? Itu cuma kata kami. Orang kata?


Berdosakah aku?

Kerana persahabatan yang kami bina, rupanya tidak disenangi oleh orang lain. Bukan kerana cemburu, bukan kerana dengki. Aku yakin bukan kerana benci! Kita akhawat!

Fitnah! Aku difitnah, atau aku yang mencipta fitnah?

Aku bergantung pada dia. Aku terlupa memohon pergantungan Allah.
Aku berbicara dengannya. Aku terlupa berbicara dengan Allah.
Aku memohon pandangannya. Aku terlupa memohon petunjuk Allah.
Aku menjaga hatinya. Aku terlupa menjaga hubungan dengan Allah.

Ya Allah!

Kerana kami, punca fitnah.


"Saya tahu hubungan awak dengan dia, sekadar akhawat. Semua orang tahu. Mana mungkin kita tidak faham hubungan sejenis itu haram. Haram! Jelas."

Kalau faham, perlukah lagi perbincangan?

"Ukhti sayang. Hubungan awak dan dia, kurang jelas. Mohon maaf jika saya tersalah anggap, tersalah bicara. Ya Allah, saya cuba membaiki keadaan."

Apa yang awak cuba sampaikan?

"Perbuatan awak, dan dia, bagaikan suami dan isteri. Ada adik mengadu. Mereka jelek melihat aksi kamu berdua."

Astaghfirullah. Apakah ini fitnah?

"Fitnah ini tercipta secara tak sengaja. Bukan dicipta untuk mengaibkan. Saya disini, mohon kurangkan aksi yang tidak elok."

Apakah aksi yang tidak elok itu? Mohon penjelasan.

"Saya tidak tahu. Tetapi, layanlah dia sebagaimana awak layan akhawat lain. Supaya tiada lagi aksi yang berbeza antara kita semua yang menjadi pandangan fitnah buat adik-adik. Bukankah kita ini contoh? Adik-adik akan hilang rasa hormat pada awak, hanya kerana aksi yang mereka rasa jelek."

Sesungguhnya aku bersyukur kerana ditegur. Ya Allah, ampuni aku.



Wallahualam.

0 Shreks:

 
;