Jom Niat Selalu

Ok. Sekarang sudah jam 2 pagi, dan aku mengantuk sangat.

Tetapi, kesakitanku tidak mencapai kesanggupanku untuk tidur. Sabar ya. Hikmah sungguh tak pergi usrah tadi, kalau tak mesti kecoh sama ada dekat rumah Kak Nurul, atau dalam kereta. Sesungguhnya aku sangat sedih tidak dapat ke usrah hari ini (semalam), tapi aku perlu sedar keupayaanku diluar batasan kemampuan.

Hari ni aku nak cakap pasal niat. Semua orang suka cakap pasal niat. Bukan suka cakap je, dengar orang cerita pasal niat pun seronok. Sebab apa, sebab konon-konon kerana niat boleh menghalalkan banyak benda.

Contoh, kerana saya tidak mampu menanggung anak saya, dan saya tak ada pekerjaan lain, jadi saya terpaksa jadi GRO. Ianya diluar kemampuan saya.

Oh, dosa tetap dosa. Dosa tak kira niat kau baik tapi cara kau salah. Dosa suka dengan orang yang keliru macam ni. Bak kata kawan aku, benda-benda macamni kategori CONFUSED. Atau, syubhah?

Rasulullah kata, Allah akan bagi apa yang kita nak berdasarkan niat kita. Tetapi, Allah akan bagi yang lebih indah (diluar batasan niat kita), jika kita niat kerana Allah. Pemurahkan Allah ni?

Tetapi, kebanyakan kita konon niat kerana Allah (jahatnya, mempertikaikan niat orang), buat kerana Islam dan sebagainya. Akhirnya, Allah beri apa yang dia niatkan. Oh tak sangkanya? Rupanya dia tersalah niat, sebabtu 'hasil'nya juga diluar jangkauannya. Dan kita sangka, ini adalah takdir Allah dan kita berserah, tetapi sebenarnya Allah telah memberi kita pilihan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Allah memberi satu jalan daripada niat kita yang asal, dan lagi satu jalan daripada niat kita yang telah ditukar. Apabila kita pilih salah satu itu, maka itulah niat kita sebenarnya.

Jadi, jom kita selidik balik niat kita. Apakah betul-betul kerana Allah, atau CONFUSED?

Apa yang penting, sentiasa perbaiki niat kita, hati kita. Kenapa? Sebab hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Kejap nak itu, kejap nak ini. Pendek cerita, tak tetap pendirian. Maka, berusahalah untuk TETAP PENDIRIAN dan TETAP dengan keputusan kita. Biasalah, syaitan suka je menjauhkan kita dari pendirian yang membawa kebaikan pada Islam. Jadi, perangilah jeneral-jeneral syaitan dari fakulti ini. Mereka telah di ajar dengan baik sekali. Apatah lagi, orang-orang dalam dakwahlah yang sering tertipu dengan pujukan-pujukan ini.

Semoga pilihan kita akan membantu kita kelak. Sentiasa berdoa dan sentiasa memohon agar apa sahaja keputusan kita itu, dapat membantu Islam. Bukan sahaja diri kita, tetapi orang-orang disekeliling kita.

Ok, I am really-really sleepy. Should I or Should I not sleep yet.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;