Celakalah Aku Jika..

Alhamdulillah. Kenduri sudahpun selesai. Cuma kemas-mengemas masih dalam proses. Aku benar-benar serabut.

3 Januari adalah hari pendaftaran.

1 Januari, usrah terakhir dengan adik-adik di UTHM (insyaallah jika Allah benar-benar mengizinkan).

29-30 Disember TOT ISK dan daurah 01. Exactly masa akupun tak pasti. Kalau boleh taknak fikir. Aku ikut je mana-mana.

Hari ni 27 Disember masih dirumah. Sedang merancang untuk kemas beg pakaian. Jumaat lepas dah kemas alat tulis sikit-sikit. Cuma ada juga benda yang belum dikemaskan lagi. Sebab baru teringat. Taknaklah beli baru, kita belajar untuk berjimat cermar supaya tak perlu berbelanja banyak sangat nanti.

Esok 28 Disember. Hari ni dan esok adalah hari duduk dirumah sebab tak ada kenderaan nak bergerak. Walhal ada je banyak benda nak buat diluar.

Medical Checkup tak buat lagi.

Shopping belum mula lagi.

Service Viva tak hantar lagi.

Berapa banyak masa lagilah yang aku ada untuk selesaikan semua perkara-perkara di atas. Benar-benar buntu dan berserabut. Belum lagi hal Segamat.

Rumah masih di awang-awangan. Sekarang ni berserah je. Tumpanglah rumah siapa-siapa kalau tak jumpa lagi.

Perjumpaan dengan Umi, belum set up exact masa lagi. Oh, memang plan sebelum 3 Januari tu, tetapi.. punya waktu lagikah?

Ada juga terfikir dengan jumpa AJK In-Soft tetapi nampak gayanya memang tak sempat.

Aku betul-betul tak ada mood for discussing anything. If you want to make everything, anything, go on. Kalau ikutkan hati, aku dah tak nak ada kaitan dengan dakwah disini. Semua orang lepas tangan, so akupun rasa nak lepas tangan since lepasni aku dah tak ada dekat sini. Boleh?

Semoga berbahagialah dakwah sebegini. Celakalah orang yang seperti di atas!

Wallahualam.

1 Shreks:

mfrstudio said...

semoga tabah dan terus jadi kausar yang bersabar.

 
;