Jodoh dengan BM

ISK sudah berlalu. Semalam tengahari adalah penutup dan berakhir dengan pengisian IPK. Alhamdulillah.

Muqaddimah I dikendalikan aku. First attempt was not impressed. Tak apalah, sekurang-kurangnya mencuba. Di akhir muqaddimah aku jelaskan mengenai kesilapan manusia mengejar 4 perkara yang PASTI dan mengabaikan 2 perkara yang MESTI.

4 perkara tersebut termasuklah JODOH. Perkara jodoh adalah sesuatu yang sudah di takdirkan Allah. Maka, kenapa mesti bercouple sedangkan jodoh kita sudah pasti dan ada. Couple tidak menjamin bahawa pasangan itu adalah jodoh kita kerana Allah sahaja yang tahu siapa jodoh kita.

Pertanyaan demi pertanyaan memeriahkan lagi suasana perkongsian. Seronoklah juga, sekurang-kurangnya kita nampak respon adik-adik.

Apabila kita meletakkan couple adalah tidak dibolehkan, maka kita memberi alternatif kepada memenuhi fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai. Adalah satu kezaliman apabila kita mengharamkan sesuatu tetapi kita membiarkan mereka tertanya-tanya, apakah sezalim itu Islam meletakkan peraturan? Maka apa guna perasaan yang hadir tanpa diminta ini?

Jadi, kami berkongsi pengalaman kakak-kakak yang sudah berumahtangga (sebab kami belum lagi berumahtangga) dan bagaimana kaedah yang betul yang dituntut oleh Islam untuk memenuhi fitrah manusia. Ada yang tak percaya, maklumlah antara kami belum ada yang berumahtangga, jadi sukar untuk dibuktikan. Hanya menceritakan pengalaman abang-abang sendiri sudah cukup membuka mata mereka, 'amazing!'. Mungkin itu yang terlintas di fikiran mereka.

Kami memperkenalkan Baitul Muslim. Masa ni belum lagi masuk Maratib Amal, sekadar memperkenalkan apa itu Baitul Muslim. Sekurang-kurangnya mereka sudah faham, sebenarnya kita ada alternatif lain untuk berusaha mencari jodoh yang telah Allah tetapkan. Bukankah itu lebih baik dan indah jika kita meletak pergantungan kepada Allah dan dalam masa yang sama berusaha sedaya mungkin menggunakan laluan yang betul dan di redhai Allah InsyaAllah.

Apakah yang dimaksudkan lelaki yang baik, untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya? Sedangkan, seorang yang masa remajanya banyak membuat maksiat, tidak semestinya akan berakhir di neraka, kerana barangkali dia melakukan taubat nasuha selepas tersedar akan silapnya dan menjadi seorang yang alim bahkan sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar. Maka, apakah dia layak untuk seorang wanita yang seumur hidupnya tidak pernah melakukan maksiat?
Mari kita kaji. 

Beberapa minggu ni rehat tak menentu. Mungkin sebab meeting setiap malam. Sangka aku selepas ISK boleh rehat apatah lagi UTHM sedang cuti, cuti untuk belajar. Tetapi, Allah suruh aku rehat hanya ketika beribadah padaNya, zikir padaNya dan mentadabbur ayatNya. Hebatnya Allah mengingatkan kita.

Dalam fikiran sekarang, program KRJ selepas KBM minggu depan. Terasa macam banyak benda nak di fikirkan. Harap sangat ada seseorang boleh membantu mengurangkan beban mencari idea, memerah tenaga, sebab aku yakin tenaga aku tidak cukup untuk memenuhi semua tu. Insyaallah sudah ada orangnya.

Rasanya perlu ke hospital buat medical check up atas masalah kesihatan pada bahagian yang serius. Masa di UiTM dulu macam pernah berlaku, moga Allah redha dengan jasad yang dipinjamkan ni. Mungkin Allah sedang tegur, terlalu banyak jasad ini dibazirkan pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya.

Sungguh hamba insan yang lemah. Ampun Ya Allah.

0 Shreks:

 
;