Gagalkah Kita?

Salam.

Kadang-kadang letih memberi kesan pada tubuh badan kita.
Dan tidur berlebihan pula akan memberi kesan letih pada jasad kita.
Maka, kurangkan tidur, lebihkan beramal. =) Nasihat untuk diri sendiri yang leka.


Kadang-kadang, aku terfikir. Kenapalah semua daurahpun nak pergi. Bukan daurah kitapun, sibuk nak pergi. Bahkan kadang-kadang daurah tak ada kaitan dengan kitapun, kita nak pergi. Kenapakan?

Alhamdulillah, bukankah itu satu nikmat bila Allah meletakkan keinginan untuk menuntut ilmu dalam jiwa kita? Tak semua orang ada perasaan ni. Tak semua orang boleh rasa betapa eagernya kita untuk mendalami ilmu tu, tak kira peringkat apapun ilmu tersebut. Apa yang penting, pengisian yang akan diperolehi berbeza dengan pengisian-pengisian ditempat lain. Maka nikmat tuhan yang mana lagi yang kita nak dustakan?

Baru-baru ni jadi 'penyibuk' bak kata ustaz, untuk program BFG. Sebenarnya kami tak tahupun itu program BFG. Aku ingat program lokaliti. Terkejut juga, BFG rupanya. Tak apalah, orang dah ajak, kita pergi jelah. Mula-mula terfikir, kita ni bukan BFG, sesuai ke pengisian. Alhamdulillah. Tak kisahlah siapa target group, tetapi setakat aku pergi haritu banyak sangat-sangat dapat. Banyak ilmu baru dan banyak pula ilmu lama yang dah terlupa dan dapat gilapkan semula.

Tumuhad tarbawiyah buat aku terfikir, perancangan-perancangan dalam kepala yang aku telah rancang, adakah dapat di realisasikan nanti di Segamat andaikata aku sendiri tak dapat sambung belajar di sana? Sedihkan? Tetapi, Allah sebaik-baik Perancang sebab kemungkinan perancangan aku tak boleh lagi direalisasikan disana, mungkin tenaga yang kurang, atau mungkin aku sendiri tak kuat, mungkin dan mungkin. Ya, Allah sebaik-baik Perancang.

Perancangan adalah satu proses yang penting dalam tarbiyah dan organisasi. Betul tu. Mana boleh main terjah je bila nak buat sesuatu, ianya bakal merugikan. Insyaallah, insyaallah. Rancanglah kerja dakwah kita sehabis baik, dan rancanglah perjalanan hidup kita dengan betul dan seiring dengan jalan dakwah ini.

Kita gagal apabila anak-anak usrah kita gagal. Sedihkan bunyinya? Tetapi itulah hakikat paling pahit kita kena terima. Benar, hati manusia itu milik Allah, jadi kita muhasabahlah sejauh mana usaha kita dalam mengikat hati-hati mereka untuk bersama-sama kita atas jalan dakwah ni? Alangkah ruginya, ruginya jika kita ambil enteng soal ni. Ayat ustaz memang makan dalam betul, tetapi benda tu memang betul. Memang disisi Allah, usaha kita diambil kira, insyaallah tetapi apakah cukup bagi kita setakat usaha tanpa INGINkan hasilnya? Tak sedih ke? Sedih..~ *sob*sob*  Jadi, kenalah usaha lebih. Jangan sedih je, tapi tak bertindak apa-apapun.

Bila muhasabah balik, setakat mana adik-adik usrah aku yang ada sekarang ni? Akupun tak pasti. Belum dapat cucu lagi, dan merekapun sudah bertebaran di merata tempat. Insyaallah, kita doakan mereka agar tsabat atas jalan ni, agar mereka tak penat dan lelah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Andai mereka berhenti, barangkali mereka masih belum faham dan menghayati jerih-perih yang nabi junjungan kita telah lalui dalam menyebarkan risalah Islam didunia ini, bermakna usaha kita tak cukup lagi! Ya, tidak cukup! Ah, barangkali kita sendiri tak dapat merasa peritnya usaha Rasulullah dalam memastikan Islam itu sampai pada kita sehingga hari ini. Alangkah ruginya jika kita tidak meneruskan, alangkah ruginya!

Jom muhasabah, adakah kita sudah mendapat hasil begini?


Engkau tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan. Sungguh, kami mengutus engkau dengan membawa kebenaran, sebagai oembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. dan tidak ada satupun umat melainkan disana telah datang seorang pemberi peringatan. [35:23-24]

Wallhualam.

0 Shreks:

 
;