Salam Aidiladha 2010

Salam.

Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca yang budiman. Sekali lagi kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk meraikan dengan penuh kesyukuran hari yang mulia ini. Ada sahabat-sahabat kita, muslimin dan muslimat di luar sana, tak berkesempatan merasai gema takbir raya aidiladha tahun ini kerana Allah lebih menyayangi mereka. Selawat dan salam buat jujungan nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi bertemu Allah lebih awal daripada kita.

Sebenarnya ada je benda nak tulis, tetapi perasaan malas tak rajin nak menulis tu lebih tinggi daripada perasaan nak membaca je. Jadi, baca sajalah, tetapi tidak menulis.

Sikit je nak tulis.

Pernah tak rasa, Allah tak pernah dengar doa kita? Hehe. Pendek cerita, doa kita tak termakbul. Biarpun, dah bertahun-tahun kita doa, setiap hari, setiap masa, sehingga kadang-kadang tu sampai menitis air mata, merayu pada tuhan, tetapi kenapa sampai sekarang, doa kita tu tak termakbul? Bunyi macam sedihkan? Itulah hakikatnya, boleh kata Allah sedang menguji. Atau, Allah nak beri kehidupan yang lebih baik, yang lebih seronok berbanding dengan permintaan kita, mungkin sesuatu yang lebih kita perlukan tetapi kita tak nampak.

Begitulah perasaan aku hari-hari. Tetapi, kadang-kadang tak terkesan sangat, sebab mungkin masa tu ujian yang kita terima tak ada kaitan dengan apa yang kita minta. Bila Allah dah uji sesuatu yang berkaitan dengan permintaan kita tu, masa tulah kita rasa terseksa sangat. Kita tahan, tahan dan cuba untuk terus bertahan. Orang tak tahu dan tak mungkin akan tahu, kerana itu adalah rahsia kita dengan Allah.

Orang nampak kita kuat, siap dapat gelaran super girl lagi. Tetapi, orang tak tahu hati kita. Bagaimana terasa sempitnya hati ni, bagaimana perasaan ini sedang menangis, jiwa ni sedang cuba bertahan, cuba tahan daripada terderai air mata, cuba tahan supaya kerja-kerja kita tak terhenti hanya kerana kerenah hati yang pedih, sakit dan terluka. Ubat hati kita adalah zikir, maka kita terus berzikir supaya ianya tidak mengganggu prestasi kerja kita.

Faham tak perasaan orang nak menangis, tetapi ditahan, sehingga terasa sesak di dada? Mulakan hari dengan senyum, dan akhiri dengan senyum.

Kenapa? Orang lain mungkin tak meminta pun pada Allah sepertimana kita minta (mungkin), tetapi kenapa mereka dapat, kita tak dapat? Berpuluh-puluh kawan kita dekat luar tu, dah diterima doanya, dah dapat apa yang diorang nak, bahkan bagi orang yang tak meminta, tiba-tiba duarian runtuh! Ah, kenapa bukan aku?

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu beroutus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. [39: 53]

Berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya Dia yang mencipta kita, maka Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Kalau tidak hari ini, mungkin esok, kalau tidak esok, mungkin lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, atau mungkin di syurga nanti.

Aku yakin, ada sesuatu yang sedang di rancang di depan aku, cuma aku belum nampak, apakah ia?

0 Shreks:

 
;