Kerana Syura

Salam.

Lama rasanya tak menulis. Atas sebab-sebab masa yang suntuk, kesibukan yang mencengkam, membantutkan keinginan untuk menulis dan mencerna idea.

Susahnya nak jaga ukhuwah sesama kita. Kadang-kadang disebabkan hal kecilpun boleh mengguris perasaan seorang ukhti. Diciptakan seorang wanita itu jiwanya lembut, hatinya mudah tersentuh. Maka tidak hairanlah jika perasaan terguris itu sering menghias tanpa rela. Cumanya, ukhti itu mahu menyimpan, atau mempamerkan tanda protesnya.

Kita selalu mencang-canangkan konsep syura. Kita kena syura, kita wajib syura, kita perlu syura. Tetapi, berapa kali kita amalkan konsep itu dalam kerja dakwah kita? Tak apalah, mungkin hanya syura dengan orang yang dipercayai saja, dan yang lain boleh kita abaikan kerana tak ada kepentingan sangat. Jadinya, syura tetap berjalan tetapi sesama mereka yang layak sahaja.

Kadang-kadang, kita syura sesuatu yang tidak sesuai dengan orang yang tidak sepatutnya. Dan orang yang sepatutnya ada semasa syura pula, tidak tahu menahu mengenai syura tersebut, dan kata putus dibuat tanpa pengetahuannya walaupun dia adalah orang penting dalam hal itu. Apakah ini syura yang kita canangkan?

Kasihankan?

Entahlah. Betul kata seorang ukhti, kita hanya pandai menghujahkan konsep syura dan keperluan syura, tetapi untuk mengamalkannya, pasti ada alasan seperti 'lupa nak syura dulu'. Sampai bila kita nak lupa?

“Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada Tuhannya dan mendirikan solat sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura) sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al-Syura, 42:38)

Aku, sedaya upaya untuk mensyurakan sesuatu perkara, walau hanya dengan sebuah SMS bertanyakan pendapat semua orang tanpa ketepikan sesiapa. Tetapi hairan, susahnya sebahagian kita ingin mensyurakan perkara yang dia cuba ketengahkan pada semua orang, tetapi orang-orang tertentu sahaja. Hairankan? Itulah namanya kepercayaan. Di antara kita, belum ada rasa percaya sesama kita. Bila tak ada rasa percaya, kita takkan meminta pandangan dari semua orang. Kita rasa orang tertentu saja layak utk memberi pandangan dan kata putus.

Semoga kita semua cuba untuk meletakkan kepercayaan pada akhawat kita kerana Allah taala. Kenapa perlu ada rasa ragu-ragu? Kenapa kita rasa kurang percaya kepada dia? Mungkin kita rasa pendapat ukhti itu selalunya mengarut, tetapi cubalah, cuba untuk sentiasa menjaga hati sahabat kita. =)

Remehkan? Hal ni pun nak diperbesarkan. Tetapi hal remeh inilah yang selalu mengganggu hubungan sesama akhawat. Tak percaya? Cuba heart-to-heart.

Wallahualam.

1 Shreks:

HBAB khair said...

assalamu'alaikum ukhti..
im totally agree.kdg2 pd hal t'tentu yg kte ingt blh handle sdri kte abaikan syura sdgkan ia ttp perlukan persetujuan bersama..dah namanya kerjasama.;)

 
;