Betul Tak?

Aku rasa memang penimbang ni salah.

Sepatutnya lepas habis puasa, berat makin bertambah. Kenapa makin berkurang? Mestilah pelikkan? Jadi, as a conclusion, penimbang itu salah.

Its been hectic days for me. Banyak kerja dan bertambah-tambah banyak. Pening kepala otak, pening dan pening. Huhu. Ada ke pening kepala otak? Sakit otak adalah. Pening untuk kepala. Apa beza sakit dan pening kepala? Ada beza, cuba fikir sampai pening, itulah pening kepala. Sakit otak tak perlukan pemikiran, cuma perlu hantuk pada dinding, kejap lagi sakitlah tu.

Lately aku rasa macam something is not right inside me. Mana tahu? Sebab banyak benda tak betul yang aku telah buat. Dan aku fikirkan. Dan aku rasakan. Walhal semua itu hanyalah mainan syaitan. Oh, mudahnya aku tewas. Aku mula merindui Ramadhan. Aku rasa macam nak demam selepas ditinggalkan Ramadhan selama 2 minggu ni. oh Ramadhan, rindukah kamu padaku.

Aku cuba untuk muhasabah, apa masalah aku sebenarnya. Makin lama aku fikir, makin serabut rasanya. Makin rasa sedih, nak menangis, kosong dan sebagainya. Mungkin terlalu banyak silap diri sampai termakan hati sendiri. Oh, apakah?

Tiba-tiba aku rasa macam diri aku ketika di UiTM dulu. Rasa nak lari dari semua orang. Oh, kenapakah? Dunia ini seperti sedang menghukum aku. Seluruh alam seolah-olah sedang mengherdik aku. Setiap binatang yang kelihatan seperti menjeling tajam tanda marah dan dendam pada aku. Oh, mengapakah? Rupanya dosa sedang bertimbun-timbun usai Ramadhan. Dosa dan dosa, semakin dikenang, semakin pahit rasanya. Aku rindukan Ramadhan. Bolehkah aku menangis seketika mengenangkan Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita?

Mungkin ini penangan banyak berfikir. Kerja, jamuan, rehlah, nikah abang long, dan yang paling sadis rasa nak menjerit tak dapat join pengisian Jumaat malam. Bolehkah aku nak menjerit, kenapa mesti Jumaat ni?! Baiklah, aku redha. Boleh je nak pergi, kalau aku tak duduk dengan family. Takpalah, tolonglah mak Jumaat tu nak bersiap-siap. Siapa lagi nak tolong?

Asyik-asyik nak marah je. Mana sifat sabar itu? Istighfarlah selalu.

Wallahualam.

2 Shreks:

mynameis.z said...

akak punya berat plak sama je masa puasa dan masa lepas raya ni. dan akak jenis tak tahu apa itu pening kepala walaupun umur dah tua camni. hehe. kalau orang tanya "pening kepala ke?". mesti tatau nak jawab. ramadan memang sekejap sangat. ni pun dah separuh syawal. tup tup ramadan datang lagi, (harapnya ada peluang kita jumpa ramadan lagi).

PS : kalau nak add akak di FB, search Zia Zack

Miftahul Jannah said...

huhu ukhti...jgn menyendiri...
akhwat memang keliling pinggang kita
tapi rasai sekali kehadiran mereka
mungkin ada yang tak terperasan perasaan kita masa tu....

Jom ukhti!

 
;