Barakallah

Alhamdulillah.

Barakallahuminkum wabaraka 'alaikum.

Tahniah aku ucapkan pada kak Aisyah di atas ikatan perkahwinan yang telah berlangsung Sabtu lepas. Bertambah lagi keluarga dakwah kita. Moga terlahirlah rijal-rijal yang bermati-matian untuk Islam sehingga tertegaknya ustaziatul alam di muka bumi ini Insyaallah.


Sabtu ni pula berlangsung lagi sebuah ikatan bukan atas dasar cinta kerana manusia, tetapi atas dasar melaksanakan sunah Rasulullah yang menggalakkan umat Islam mendirikan rumah tangga untuk mengembangkan lagi umat baginda. Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan. Insyaallah rasa cinta itu bisa di pupuk selepas akad dilafazkan dan janji disemai dihadapan berpuluh-puluh saksi. Insyaallah cinta yang sah itu lebih diberkati dan diredhai Allah.

Semoga semuanya selamat abang long.

Tidak semua orang mampu berfikir begini. Terutama orang-orang kampung yang terlalu mengikut adat bahkan sentiasa mengongkong dan menyusahkan diri hanya kerana adat. Apakah dosa sebuah amalan jika tidak mengikut adat? Sedihkan? Tapi, apa boleh buat?

“Janganlah kamu sekalian berlebih-lebihan dalam memberikan mahar kepada perempuan, karena sekiranya itu merupakan perbuatan terhormat di dunia ini, atau perbuatan takwa disisi Allah, tentulah orang yang paling utama dan paling berhak melakukan itu ialah Muhammad saw. Padahal Beliau tidak memberikan mahar kepada istrinya atau meminta mahar buat putrinya lebih dari 12 uqiyah.” [HR. Ibnu Majah]

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;