Mimpi Yang Indah

Dreaming.

Masa orentasi semester 1 di UiTM dulu, aku tengok kakak-kakak PM (Pembantu Mahasiswa) ni macam best je. Yelah, boleh mengarah orang. Dalam hati aku TERniat, satu hari nanti aku pula jadi PM, kita tengok apa jadi dekat budak-budak tu. Hehe. Terkekek juga aku dalam hati. Ada hatikan?

Setahun 6 bulan kemudian, aku jadi PM.

Bukan itu je, dulu aku dengar MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) ni selalu dapat peluang pergi jalan-jalan. Maksudnya, dapat merantau ke tempat orang. Jadi, aku pun secara tak sengaja, berangan-anganlah kalau-kalau aku jadi MPP beberapa tahun akan datang. Hehe!

Setahun 6 bulan kemudian, aku dapat pergi Sabah, UIA dan Cemeron Highland bersama rombongan dari UiTM.

Walaupun aku tak jadi MPP, tapi the dreams were there. Thank you Allah for listening my wish.

Tak kesampaian nak jadi MPP, sebab masa pencalonan MPP, aku sedang memegang jawatan JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej). Jadi, jawatan MPP tidak boleh disandang oleh kami yang gila kuasa ini.

Banyak lagi yang aku mimpi/angankan. Tapi, banyak juga yang belum jadi kenyataan. Kadang-kadang mungkin Allah ingin tunjukkan bahawa aku tidak layak untuk angan itu, tetapi kadang-kadang Allah membenarkan ianya menjadi kenyataan, biarpun angan-angan itu remeh dan tak masuk akal.

Jadi, teruslah berangan sesuatu yang ada masa hadapan. Yang penting, bukan macam Mat Jenin. Biarlah dengan usaha, doa dan tawakal.

Angan-angan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara Islam, masih tersemat di hati. Bila agaknya ya? Tak lupa juga angan-angan untuk merasa nikmat dan indahnya syurga. Bagaimana suasananya? Tak sabar nak lihat. Biarpun angan-angan, tetapi sudah terasa dihati. Biarlah pedih didunia, tetapi diakhirat kelak bertambah-tambah manisnya.

I am dreaming. Am I?

0 Shreks:

 
;