Dialah..

Adikku.

Aku ada seorang adik bongsu, kalau kembar mungkin 2 orang adik bongsu. Adik aku ni comel jugalah. Sebab tu dia disayangi oleh ramai orang di sekolah dia (dengar-dengar macamtulah). Adik ni, manja betul. Eh, dimanjakan oleh semua orang, maklumlah anak bongsu.

Sebelum adik ke SMIH, dia adalah antara adik yang kuat mengamuk, degil, tak nak dengar cakap, dan sebagainya. Sampai mak pernah cakap, "budak ni nak kena bawa jumpa ustaz! mesti ada benda keras dalam badan dia." Hehe. Sampai macamtu sekalikan? Mak siap beli bekas yang ada tulisan surah yassin dan suruh adik minum air masak guna bekas tu. Kelakarkan? Tetapi, itulah hakikatnya kerisauan mak dan abah melihat sikap adik yang entah apa-apa.

Hampir setahun adik di SMIH, perubahannya sangat ketara. Dia bukan lagi seorang yang suka mengamuk, bahkan selalu bantu kami. Mudah menerima arahan dan tak banyak kerenah. Macam tak percaya! Masa raya haritu, dia bantu mak kemas rumah! Mantap betul. Rasa sejuk je lihat perubahan sikap tu. Walaupun kena usik, dia tak terjerit-jerit macam selalu. Tak mengamuk lagi atau baling-baling barang bila tengah marah. Ah! Sayang betul dekat adik yang baru. Nak minta tolong buat kerjapun, tak takut dah kena tengking dengan dia macam dulu. Haha!

Alkisahnya, semalam aku balik kerja jam 12.30 tengahari. Saja balik awal, nak singgah beli nasi dan lauk untuk adik. Sampai rumah adalah dalam 12.50 tengahari. Lepas matikan enjin, aku tekan loceng. Berminit-minit aku tunggu. Ketuk pintu, call rumah, tekan loceng, tak ada juga orang angkat. Berpeluh-peluh aku tunggu dia buka pintu. Sakit hati!

1.05 tengahari akupun masuk kereta, makanan semua aku bawa sekali pergi pejabat. Hehe! Siapalah sanggup tengok adik kita kelaparan. Aku pulang office untuk ambil kunci rumah. Bergegas aku turun kereta masuk office, ambil kunci. Naik kereta, pulang semula ke rumah. Rupanya adik tengah tidur dengan lenanya. Hati panas ni, rasa macam nak marah. Haha! Tetapi, tengok mukanya yang comel, simpati mula terasa. Hehe! Tak jadi nak marah, terus ajak dia makan sama-sama.

Lepastu, komputer rumah problem. Google Chrome macam tak boleh guna. Jadi, aku terpaksa lewat sikit pergi kerja sebab settlekan problem dia. Yelah, tak boleh nak buka youtube dia. Lepas dah godeh semua benda, akupun siap-siap pergi kerja. Lambatkan? Haha! Nak buat macamana, dahlah dia sorang je dirumah.

Balik kerja, ambil dia untuk bawa ke rumah open house officemate aku. Banyak juga dia makan. Semua orang tak percaya dia form 1. Sebab, badan dia kecil. Hehe!

Oklah, saja nak share pasal adik bongsu aku.

3 Shreks:

nawalSSham said...

akak ni..

wat suspen je.............

nur hidayah said...

alorh comelnya adk kak kausar ni
cubet2 dia :D

anDi said...

afnan ke nm dia? hehe

 
;