Hormatilah Syuyukh

Menunggu keputusan UiTM sangat memeritkan. Adakah berjaya? Atau tidak. Walaupun peluang untuk diterima itu 90% tetapi Allah jua yang layak memberi. Hanya padaNya tempat kita memohon dan berharap. Insyaallah.

Ura-ura aku akan menyambung pelajaran tersebar luas, bukan sahaja di BP tetapi di Segamat sudah mula menjadi sebutan dikalangan makcik-makcik. Bahkan mak juga ditanya oleh mereka tentang kesahihan berita tersebut. Terutama umi, naqibah yang pernah mendidik dan menjaga kami di Segamat. Kasih sayangnya pada kami tidak tumpah seperti seorang anak dan ibu. Apa saja yang kami pinta dan harap, insyaallah akan ditunaikan selagi mampu. Masya Allah, umi semakin mantap dari masa ke semasa. Bukankah itu nikmat buat kita dan menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita? Dikurniakan seorang naqibah yang perihatin dan sentiasa ingin melihat perkembangan tarbiyah dan dakwah kita. Nikmat yang mana lagi yang ingin kita dustakan wahai sahabat-sahabat?

Kalau dulu, kami mendambakan syuyukh untuk bersama-sama kami sebagai penggerak di IPT. Kami kekurangan segala-galanya, biarpun semangat syabab untuk bergerak itu membara, tetapi akhirnya semangat tinggal semangat kerana perancangan yang tidak teratur, tenaga yang semakin berkurang, ilmu yang tidak mencakupi, segalanya lesu. Tetapi, Allah itu Maha Tahu keperluan kita di situ. Ujiannya untuk seketika, bersabarlah. Jalan dakwah itu tidak pernah mudah, jalan dakwah itu tidak selamanya indah, jalan dakwah itu penuh duri dan ombak, selagi kita melalui detik-detik kepayahan, selagi itu kita perlu yakin inilah jalanNya.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hamatus Syabab wa Hikmatus Syuyukh, bukti perlunya semangat orang-orang muda bergabung untuk memacu lebih laju bersama orang-orang yang lebih lama dan arif dalam selok-belok dakwah dan tarbiyah. Mari kita bersyukur dengan masa-masa yang Allah berikan pada kita selama masih hidup bukan untuk disia-siakan, bukan untuk dimaksiatkan, bukan untuk dibazirkan, bukan untuk dipermainkan, tetapi seluruh amal dan perbuatan hanya untuk Allah semata-mata.

Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh Alam (6:162)

Alhamdulillah. Moga setiap amalan kita mendapat perhatian dan perhitungan oleh Allah, tidaklah sia-sia amalan itu hanya kerana niat yang terpesong dari tujuan asal.

Sedarlah, kita hanya makhluk yang faqir, dhaif dan jahil. Maka, apakah masih ada rasa berbangga dengan amalan kita yang sedikit dan tidak berkualiti itu? Apakah sudah hebat kita ini hanya kerana kita berada dalam sistem tarbiyah?

Syarat utama menjadi murobbi yang berjaya, bukanlah dengan tingginya ilmu, bukan pula dengan petahnya berkata, bukan juga dengan sabar yang menggunung, tetapi apa yang penting adalah hubungan kita dengan Allah. Bagaimana kita menjaga hubungan kita dengan pencipta kita? Jika rosak hubungan ini, maka rosaklah keseluruhannya.

..Dan Allah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan kurniaanNya. Dan jika kamu berpaling dari jalan yang benar, dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan derhaka seperti kamu (47:38)

Biarlah kita lambat dan terlewat, tetapi jangan melewa-lewakan. Biarlah kita di kata orang dan di jatuh-jatuhkan, tetapi jangan pula sengaja menjatuhkan diri sendiri. Ini hanya provokatif dunia. Kenapa perlu merasa lelah, letih dan penat, sedangkan Rasulullah, sahabat-sahabat, tabi'in wa tabi'in, bersungguh-sungguh mengembalikan Islam walau dalam tempoh bertahun-tahun lamanya. Kita?

Wallahualam.

2 Shreks:

nur hidayah said...

kalo dpt further habaq mai naa :)

Miftahul Jannah said...

assalamu'alaykum....ya betul..kerana hidayah ALlah dan santunan mereka(syuyukh)kita merasai nikmat ;)
alhamduliLlah...

 
;