Sisa Ramadhan

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang tinggal. Tetapi, pasti ada tetapinya. Bahang kesedihan semakin terasa. Sangat terasa. Ramadhan tahun ini terasa betapa indahnya dan betapa istimewanya. Apatah lagi kita dapat menghayati dan cuba menghidupkan suasana Ramadhan itu. Alangkah indahnya jika tiada permulaan Ramadhan, kerana tanpa permulaan pasti penghujung tidak akan bertemu. Namun, itulah nikmat yang Allah beri sementara, supaya kita sama-sama manfaatkan sebanyak dan sebaik mungkin. Itupun tak ramai yang cuba menghargai detik-detik sebulan yang Allah beri secara percuma.

Raya? Entahlah, kurang terasa bahangnya walaupun tinggal seminggu saja lagi. Minggu lepas bila berbincang pasal cuti, ingat nak ambil cuti Jumaat. Semua terkejut! Jumaatkan dah raya? Err.. ampun aku tak tahu pula raya hari Jumaat?

Jalan raya sudah sesak, bermula dari siang sampai ke tengah pagi. Aduh! Sakannya penduduk sini membeli-belah. Aku yang melihat jalan raya yang semakin sesak terasa juga sesak nafasnya. Kerenah pemandu yang menyakitkan hati, terasa diuji saban hari. Istighfar aku, istighfar, moga itu ujian Allah supaya aku sentiasa ingat akan perintah-Nya untuk sabar dan ikhlas. Jangan sombong! (Ayat-ayat Cinta).

Insyaallah akan pulang ke kampung raya pertama (kot), seminggu katanya (abah dan mak). So, terpaksalah ambil cuti seminggu (bulan ni gaji sikitlah jawabnya =D). Moga Allah permudahkan urusan bulan ini, dan bulan-bulan seterusnya. Seminggu lepas cuti sekolah 2 minggu, abang long akan melangsungkan nikahnya di Shah Alam (bakal kakak ipar orang Shah Alam). Jadinya, pasti sibuk dengan urusan persiapan nak ke sana. Hehe! Macam tak ada persiapan apa sangat je, maklumlah belah lelaki cuma perlu hadir je.

Insyaallah walimahnya bulan 12 tahun ni. Tunggu jelah bila. Akupun tak berapa pasti tarikh betulnya.

Cuak betul. Abang ngah dah kahwin, abang long dah kahwin, lepastu giliran aku. Sudah. Dah ada makcik minta maklumat aku. Sudah lagi. Hm.. dah lama mak minta tapi aku buat bodoh je. Sampailah mak terpekik-pekik tanya bila nak emel pada mak. Selamba je jawab, urgent ke? Haritu macam tak urgent pun. Mak pun selamba je jawab, ingat makcik tu tak urgent (baca: anak lelaki makcik tu kecil lagi, jadi bukan nak jadikan aku sebagai menantu. Harap maklum). Dah tu asyik tanya je. Malas sangat nak layan, tapi emel jelah. Jodoh semuanya di tangan Tuhan. Dia yang mengatur, Dia yang menentukan, Dia yang layak, Dia yang tahu, Dialah segala-galanya dalam hidup aku. Jadi, aku redha dan tersenyum di atas apa yang telah dan akan berlaku. Sama-sama kita berusaha dengan cara berdoa, bukan bercouple. =)

Sejak bermulanya Ramadhan, aku rasa hidup aku bertambah tenang. Tenang dengan segala-galanya. Allah beri pelbagai nikmat, Allah kurniakan bermacam-macam benda. Aku rasa seronok sangat! Walau hakikatnya Allah juga banyak menguji dalam iman dan perasaan. Ah! Terlalu banyak sehinggakan terasa sebak dalam dada untuk disimpan lama-lama. Tetapi Allah juga pemurah, Dia kurniakan sifat sabar pada hamba-Nya. Jadi, kenapa terlalu EGO sehingga tidak mampu menggunakan sifat itu? Bukankah semua orang punya sabar, pilihan terletak di tangan kita. Allahu Akbar!

Tetapi, bila Ramadhan nak berakhir terasa semakin menjauhi Ramadhan itu sendiri. Tak suka dengan sikap ni, tetapi begitulah bila kurang mengamalkan perkara-perkara sunat untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ya Allah, temukanlah aku kembali dengan Ramadhan tahun hadapan. Moga masih diberi kesempatan, moga masih layak untuk memasuki madrasah itu lagi, moga dan moga lagi.

Selamat memburu malam itu, malam seribu bulan, malam yang penuh bermakna, malam segala malam, malam yang dicemburui oleh insan-insan yang tidak sempat bertemu dengannya. Wallahualam.

0 Shreks:

 
;