Tak Tahan? -berhenti!

Apa perasaan..

bila kita dilantik menjadi ketua hostel, menjalankan amanah sebagai ketua disitu, tetapi tak ada seorangpun yang cuba berunding masalah dengan kita. Tiba-tiba, kita dapat panggilan pihak atasan, pelbagai masalah telah berlaku dan sebagainya. Pasti kita kecewa, kerana tak ada seorangpun yang berterus-terang pada kita apa sebenarnya berlaku. Pihak-pihak atasan yang tak ada kena mengena pula nak fire suka-suka hati, tak tahu hujung pangkal cerita, taknak dengar kedua belah pihak, seolah-olah kita seorang je yang bersalah dalam hal ni. Pasti kita DOUBLE kecewa dengan sikap penduduk di hostel itu.

Hampeh punya penduduk. Kau nak duduk situ, buatlah cara nak duduk. Bagilah kerjasama. Bagitahulah ketua hostel apa yang kau tak puas hati, apa yang kau rasa tertekan, apa yang menyebabkan kau rasa naik gila duduk dekat situ. Bukan jaja cerita keluar, sampaikan ketua pun tak tahu cerita, tiba-tiba kena attack macamtu, mungkin secara tak sengaja. Tetapi, berbincanglah baik-baik.

Aku paling pantang, bila disuruh buat apa-apa jawapannya, TAKNAK MENYUSAHKAN SESIAPA. Tetapi, cerita dekat belakang. Sekarang ni, kita dah susahkan siapa? Banyak pihak. Harap maklum.

Kata-kata aku bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Kalau betul aku nak jatuhkan orang, aku akan cakap depan orang ramai. Aku akan beritahu satu dunia pasal kau. Aku beritahu setiap sahabat-sahabat yang ada dengan aku, apa yang aku pernah cakap pada kau. Tetapi, aku tak pernah bertindak demikian. Kau sendiri yang bercerita, maka kau sendirilah yang menceritakan kelemahan sendiri. Bukan aku yang nak menjatuhkan orang. Bagi aku, teguran personal adalah teguran yang sangat membangkit, dan aku suka berbanding teguran secara terbuka. =) tetapi lain orang lain penerimaan, betul kata kak Mar.

Aku cuma boleh conclude, orang yang hati keras tak semestinya akan keras selamanya. Sebab, sampai satu masa dia akan terasa juga dengan kata-kata yang keras. Then, you can answer by yourselve is it positive or negetive. Kalau sebab kata-kata keras tu buat kau nak berkasar atau nak berkeras dengan aku, aku tak ada masalah selagi kerja dakwah kau bergerak. Hati kita milik Allah, aku tak menentukan apa-apa. Kau boleh main-mainkan kata aku, Allah juga boleh bolak-balikkan hati kau.

Bak kata pengisian naqibah aku tadi, Allah akan balas. Yes, aku sentiasa pegang kata-kata itu lama dulu. Sebab tu bila aku kena serang dan sebagainya, percayalah aku juga bermulut LASER sepertimana aku di LASER kan oleh kamu-kamu yang pernah meLASER aku. Redha jelah.

Inilah hidup. Kamu, anda, kau, baru nak bertatih. Belajarlah dan terus belajar. Aku sendiri masih belajar, walaupun aku dah menelan hempedu lama dahulu. Tetapi, tak ada kuasa aku sehingga hari ini melainkan dengan izin Allah dan harapan penuh agar Allah tidak tarik nikmat iman dan Islam yang indah ini.

Kalau rasa hati dah hampir pudar, carilah semangat baru. Kalau rasa hati mudah goyah, asyik-asyik nak goyah, sikit-sikit makan hati, tegur sikit jeling memanjang, buat benda nak ungkit, minta tolong dianggap sebagai arahan, betulkanlah balik niat. Dimana ikhlas yang kita sebut-sebutkan, SAYA IKHLAS itu? Orang yang ikhlas, tidak banyak berbunyi, dan tidak pernah menyebut-sebut keikhlasannya. =) Wallahualam jika hatinya berbeza, hanya Allah Maha Tahu.

Selama aku pegang usrah, selama aku bersama sahabat-sahabat, berapa ramai adik-adik yang kurang beradab dengan aku? Suka-suka diorang je nak cakap apa depan aku. Diorang anggap aku ni siapa? Kawan? Kakak senior? Naqibah? Macam lebih kepada rakan sebaya. Suka-suka dia je kutuk aku depan semua orang. Ada aku marah dia? Semua orang pandang enteng, adik usrah siapa ni? Hati siapa yang tak terusik? Tetapi, hati mereka milik Allah, siapa kita ingin mengadili mereka?

Kalau tak puas hati, cakaplah. Kasihan aku mendengar tangisan sahabat. Kasihanilah sahabat-sahabat kita. Aku tak kisah pasal hati aku, walau kau nak robek sekalipun, aku takkan menangis hanya perkara kecil. Tetapi, setiap orang berbeza. Kenapa tidak diceritakan masalah pada orang yang sepatutnya? Kenapa tidak dibincang one-to-one secara adil?

Uhibbukum Fillah.

Semoga kita terus mencari titik-titik amal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terasa Ramadhan kali ni begitu pantas dan tidak nampak banyak amal yang mampu dilakukan. Sangat sedih. Kadang-kadang terasa kerdilnya aku, terasa sedihnya aku, terasa jauhnya aku, mengapa ekspo-ekspo raya semakin galak? Masjid dan surau semakin berkurangan? Aku hanya mampu menahan sebak yang menjadi-menjadi selepas malam ini. Terasa hinanya diri ini, terasa seperti beratnya ujian Tuhan. Nak rasa marah tak mampu dan tak terdaya. Siapalah aku? Atas asbab apa perlukan kemarahan itu? Islam itu bukan hak milik kita, tetapi hak milik Allah, Dia yang mengatur, Dia yang menetapkan, maka siapa kita untuk pertikaikan qada' dan qadarNya?

Siapa kita untuk menghukum seseorang tanpa usul periksa? Dakwah bukan menghukum, tetapi menasihat.

Wallahualam.

2 Shreks:

nawalSSham said...

moga Allah permudahkan, ye! :)

kak kay......

sedih bace.

HBAB khair said...

Assalamu'alaikum.

Enti sedang diuji, dan pasti Allah nak menjadikan enti insan yang lebih kuat lagi!

Pasti ada hikmah yang tersirat, teruskan tersenyum meski sukar, tetaplah bersabar kerana tinggi darjatnya disisi Allah.Ameen.

 
;