Terimalah Sayang

Sahabatku, asif ana masukkan dalam sini. Ana tak sanggup nak delete. Bolehkah ianya ana jadikan sebagai kenangan dan motivasi kepada diri ana yang selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang sahabiah? Sebagai akhawat yang sering alpa? Sebagai pejuang yang lambat bergerak?

assalamu'alaykum.ukhti,jazakillah kerana menjadi sumber kekuatan ana secara langsung atau tidak langsung. ana minta maaf,ana tidak memberi manfaat yang sepatutnya pada akhwat.terlalu sedikit kebersamaan ana dengan kalian.ana tidak ada kekangan dari keluarga tapi tanggungjawab apabila sudah tinggal berkeluarga sedikit sebanyak menyebabkan ana bnyk adjustment.ana juga rasa tak sedap,dulu di kampus ana bebas bergerak,boleh on call sana sini, taklifan itu ini.tapi sekrang ana sedikit slow.jadi anti,gunalah masa yang ada di kampus ini sebaik mungkin,kerana kita tidak pasti bagaimana iman kita terhadap da'wah esok lusa.semoga setiap kebersamaan kita itu ALlah hadirkan ruh yang mentautkan hati kita.Ana juga minta tunjuk ajar dan jika ada kesalahan minta sangat ditegur ya.ukhwah itu ikhlas 

Hentikanlah sifat merendah diri ini ukhti. Ana tak mahu lagi dengar enti mengecil-kecilkan usaha dakwah sahabat ana! Ana tahu dia bergerak. Ana tahu hatinya penuh dengan semangat kalimah toyyibah. Ana tahu dia seorang yang kental dan ana tahu kenapa adjustment itu perlu berlaku. Antara kita diuji dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan kita. Jadi, bukankah kita sepatutnya redha dengan jalan ini dan cuba untuk muhasabah setiap halangan-halangan yang Allah letakkan dalam hidup kita?

Dakwah bukan di kampus sahaja ukhti! Dakwah di mana-mana! Medan di luar lebih besar dan maha hebat. Mereka diluar sana juga memerlukan kita dan ini peluang enti. Ini peluang untuk meresapi jiwa-jiwa mereka yang belum pernah di sentuh oleh sesiapa. Jiwa-jiwa yang bagaikan robot tanpa halatuju. Allah letakkan kita di tempat yang sama, tetapi melalui cara yang berbeza. Bukankah itu satu kelengkapan buat kita? Enti belajar dalam skop yang lebih luas agar kelak, kami pula dapat mewarisi method dakwah enti kepada mereka. Kelak enti menyambung belajar, kami pula berkongsi pengalaman dakwah di kampus ini agar tidak enti rasakan payah untuk bermula semula.

Ana sayang enti. Murung pada wajah enti, adalah kosong bagi jiwa ana. Keluh dalam hati enti, adalah resah dalam dada ini. Kesatlah, kesatlah penderitaan itu. Kerana gembira terletak dalam jiwa yang redha. Senyumlah, senyumlah dengan zikrullah sepanjang masa. Ana di sini, di sini untuk enti dan sahabat-sahabat kita. Ana di sini bukan untuk menyusahkan enti, bukan untuk mencari salah enti, bukan untuk menjadi yang lebih baik, tetapi ana di sini sebagai teman seiring, sejalan, dan sehala dalam mengejar mardatillah.

Lihatlah tapak tangan kita, lihatlah berapa banyak takungan air mata kita tadahkan sepanjang malam memohon taubat daripada-Nya.

Enti di uji, ana juga di uji. Bukankan itu tabiat dakwah?

Wallahualam.

1 Shreks:

Miftahul Jannah said...

assalamu'alaykum...jazakiLlah.Tiada air mata kesal yang mengalir kecuali hanya satu perkongsian.Tidak pernah memandang sesuatu yan kecil itu melainkan memandangnya dengan rasa takjub dengan ALlah yang menjadikan.JazakiLlahu khairan jaza kerana teguran yang membina ini :)

mahu lagi lain kali ya!

 
;