Madrasah Ramadhan

Ahlan wa sahlan ila Madrasah Ramadhan.

Salam Ramadhan buat semua.


Beberapa jam lagi kita akan memasuki ke Sekolah Ramadhan beramai-ramai. Semua umat Islam wajib berdaftar tidak ada yang terkecuali. Semoga tempoh belajar kali ini akan mendidik kita supaya menjadi lebih cemerlang berbanding tahun sebelumnya. Insyaallah, keputusannya juga pasti lebih baik pulangan di akhirat kelak.

Aku yakin ramai diantara kita telah bersedia jiwa dan raganya untuk menghadapi detik-detik di madrasah ini kerana Syaaban telah mendidik kita supaya bersedia menghadapi Ramadhan dengan amalan-amalan sunat lebih banyak daripada bulan-bulan yang lain. Bahkan Rasulullah juga berpuasa sunat lebih ketika Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain.

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (2:183)

Antara amalan-amalan yang sepatutnya kita telah bersiap sedia adalah:

Muhasabah diri. Tanamkan tekad agar sikap-sikap buruk yang ada dalam diri kita dapat dikurangkan jika tidak mampu dibuang terus. Manfaatkan Sekolah Ramadhan ini sepenuhnya supaya dapat konsisten walaupun selepas tamatnya sesi belajar.

Bersedia dengan al-Quran. Melatih diri agar dapat membaca al-Quran lebih kerap daripada biasa kerana di Madrasah Ramadhan kita perlu menghabiskan 30 juzuk al-Quran selama 30 hari.
Cadangan: 1 hari 20 mukasurat/ 1 fardhu 4 mukasurat.

Dan lain-lain lagi.

Semoga semangat menjejak Madrasah Ramadhan ini bukan ketika hari pertama atau minggu pertama sahaja, tetapi hendaklah berterusan sehingga tamatnya tempoh belajar kita. Sesungguhnya musuh kita bernama Syaitan tidak mampu menundukkan kita kerana Madrasah ini hanya boleh di jejak oleh umat Islam sahaja. Maka, jika kita tidak dapat elak perkara-perkara maksiat, tanyalah diri kita semula. Siapakah yang telah melakukan maksiat selama ini?

Manfaatkan peluang ini sementara umur masih ada.

Ahlan.

0 Shreks:

 
;