Sebulan Tertinggal

Oh. Dah hampir sebulan tak update blog. =)

Salam.

Quick update before 5. Sekarang masih di pejabat ya. Sekarang dah ada banyak kerja ya. Dan sekarang tidak ada masa sangat untuk berjimba-raya dalam internet ya. Sekarang, dan sekarang hanya ada kerja.

Jam 6.30 petang hari ini akan ke JB untuk program KONSIS zon selatan. Insyaallah akan bertemu dengan akhawat dari seluruh Johor dan Melaka jika diizinkan. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya.

Aku sangat penat. Rasa nak demam.

Aku sangat dan sangat geram. Rasa nak marah.

Aku sangat dan sangat dan sangat sedih. Rasa nak nangis.

Oh, aku sangat rindu. Rindu pada ketenangan. Ya Allah, ilhamkan aku akan jalan-Mu yang benar. Akan qudwah kekasih-Mu yang indah. Akan merdu ayat cinta-Mu yang cantik.

Perasaan-perasaan itu bukankah Engkau kurniakan pada setiap manusia. Maka, mengapa perlu mengeluh, bahkan bersyukur kerana sentiasa ditegur oleh Allah. Alangkah indahnya dapat teguran direct daripada Allah tanpa perlu menunggu orang lain.

Beberapa minggu ini, ada saja benda tak kena. Tempoh hari, seorang adik mengeluh betapa malangnya nasibnya minggu ni. Nasihat aku, itu bukanlah nasib kita yang malang, tetapi itu cuma ujian Allah yang nak mengingatkan kita. Berdoalah moga Allah memberi nasib yang baik-baik untuk kita, bukan kita yang menentukan nasib kita yang selalunya tidak sempurna seperti kurnia Allah. Alangkah indahnya ada orang mengingatkan. Alangkah indahnya ada orang mendengar. Alangkah indahnya ada orang memahami.

Jam 5 petang. Terpaksa berhenti takut sahabat aku dah sampai untuk jemput pulang ke rumah.

Ya Allah, berilah aku kekuatan.

0 Shreks:

 
;