Better Silent

Kadang-kadang rasa, lebih baik senyap dari berkata-kata.

Jadi, lebih baik selesaikan masalah sendiri. Tak semua orang senang dengan cara kita, mungkin tak kena gaya. Mungkin ada orang cakap belakang dengan sikap tidak sabar kita. Atau sikap kurang elok kita. Cakap-cakap itu menjadikan sikap orang lain dingin dengan kita.

Mungkin bukan berlaku pada aku, mungkin pada orang lain. Mungkin kawan baik aku, mungkin sahabat-sahabat akhawat yang aku sayang. Wallahualam.


Mungkin lebih baik begini.

Biasanya perasaan ini muncul bila hati tersentuh atau terkilan tiba-tiba dengan sikap sendiri. Alhamdulillah, moga Allah terus mentarbiyah diri ini menjadi lebih baik. =)

Kita bukan bermula dengan ilmu yang tinggi, aku juga begitu. Maka, kita tidak pernah menganggap orang lain itu sempurna. Bahkan sifat yang baik itu adalah mereka yang sentiasa merendah diri dengan amalannya. Aku cuma insan kerdil yang cetek ilmu.

Ajari aku. Bukan kasari aku dengan sikap.

Wallahualam.

1 Shreks:

BicaraQalby said...

salam k.Kay..
Moga Tabah menghadapi hari mendatang..

Ujian itu Tarbiyyah..Tarbiyyah itu yang akan memimpin kita ke arah sesuatu yang lebih baik..

Semua itu seketika, kerana yang pasti hikmah di sebalik kejadian itu yang penting..

Salam kerinduan - Nur'z

 
;