Susahnya berJalan

Salam.

Kadang-kadang kita selalu perlekehkan tugas dakwah kita. Kita anggap tugas ni adalah kerja sampingan. Part time job only. Tugas paling utama bagi seorang pelajar, BELAJAR. Itu adalah mind set yang salah bagi seorang yang faham tanggungjawab dia. Ya, belajar tidak boleh diabaikan, tetapi dakwah perlu selari. Bagi seorang pekerja juga, tugas utama dia adalah BEKERJA, mesti kerja. Nak kerja overtime (OT) sebab nak cari income lebih, konon untuk digunakan dalam dakwah. Banyak sangat alasan yang dicipta supaya meletakkan dakwah itu dilaci paling bawah dalam kehidupan.


Teringat seorang ikhwah pernah cerita, muka dia ni orang dah kenal, masuk kerja lambat, balik kerja awal, tiba-tiba je tak ada dah di pejabat. Macamtulah tugas daie. Yang penting, dua-dua selari antara kerja dan dakwah. Bukankah hidup ini penuh dengan tarbiyah? Itu adalah tarbiyah, tarbiyah melalui ujian-ujian yang Allah tahu kita mampu. Jangan kata tidak, kerana ianya seolah-olah menafikan taqdir Allah.

Belajar dan bekerja juga penting! Ingat, penting! Ianya adalah batu loncatan supaya orang respect pada kita. Hormat pada kerja-kerja yang kita lakukan baik dalam soal kehidupan seharian mahupun kerja-kerja dakwah yang kita buat. Jadikan diri kita sebagai contoh. Kita boleh belajar/bekerja dengan baik dan dalam masa yang sama kita masih mampu menguruskan tanggungjawab-tanggungjawab lain sebagai full time daie. Susahkan?


Bukankah salah satu tabiat dakwah itu susah? Kalau tak susah, anda berada di jalan yang tidak betul. Cuba muhasabah balik. Kalau hari ini kita tengah berseronok bagai nak rak dengan sahabat-sahabat, siap bergelak ketawa dan menghabiskan duit berjoli di mana-mana tempat peranginan, bermakna kita bukan berada di atas jalan yang betul. Di jalan ini, tak ada masa untuk berseronok sambil berjoli di tempat peranginan menghabiskan duit. Dimana duit kita dihabiskan?

Kadang-kadang berdesing telinga ni dengar alasan-alasan seperti, tak ada duit. Tak ada duit dan tak ada duit apabila diajak ke program-program. Apakah kita lupa rezeki itu milik Allah? Apakah kita lupa duit-duit yang kita ada, aku ada, sahabat-sahabat kita ada itu juga milik Allah? Bila-bila masa saja Dia boleh tarik. Salahkah jika kita syura terlebih dahulu bagaimana cara nak dapatkan duit untuk pergi ke program? Ah! Alasan! Bila nak pinjamkan duit, "tak apalah kak, kita taknak susahkan akak." Ini taktik kotor syaitan! Jangan tertipu dengan perasaan kasihan yang tidak bertempat. Kita penggerak, sama-sama bergerak, sepatutnya kita tahu perasaan sahabat-sahabat kita yang sama-sama ingin menuntut ilmu bersama kita. Jadi, izinkan sahabat kita merebut pahala dengan membantu kita, izinkanlah.

Hidup. Inilah kehidupan yang Allah telah pilih. Jalan yang terbaik Allah letakkan untuk kita. Tetapi, kenapa ramai yang taknak menghargainya? Ramai yang lebih rela memilih jalan pintas. Jalan yang lebih menyeronokkan tanpa perlu memikirkan masa depan ummah. Apa yang penting, kita dapat apa yang kita nak, iaitu kehidupan dunia yang sementara. Apabila mati, kita akan membawa keseronokan-keseronokan didunia ini ke alam barzakh, dengan pekikan-pekikan keinsafan. Sebab keseronokan itu, menjadi punca kepada azab. Nauzubillah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;