Belum Khatam

Letih.

Letih sebenarnya layankan perasaan, layankan hati dan layankan benda yang remeh-temeh. Sepatutnya kita dah khatam, kita dah khatam soal ukhuwah, tetapi rupanya ukhuwah adalah masalah terbesar apabila penyakit hati tidak diperbaiki. Dibiarkan sakit, melarat, luka, berdarah! Payah!

Kita usrah sama-sama, daurah sama-sama, mukhayyam sama-sama, tetapi rupanya ada lagi perasaan hasad dalam hati sesama kita. Syaitan!

Terkadang rasa kesal, kesal dengan sesetengah pihak yang menganggap perasaan dia tu lebih penting, lebih perlu diberi perhatian. Istighfarlah. Sesungguhnya hati-hati kita sama, milik Allah dan kita kena jaga hati semua orang termasuk hati kita. Susahkan?

Sedih. Kalaulah kalian boleh rasa hati aku ni sejak bermulanya aku menerima tarbiyah, aku yakin, kalian akan menangis tanpa henti. Kalian takkan sanggup berada disini. Kalian akan terus mengempiskan hati yang telah mengecil dek terasa dipinggir jauh dari ukhuwah yang indah. Kalaulah aku boleh mengumpulkan air mata yang aku keluarkan sejak bermulanya aku terima tarbiyah, rasanya terlalu banyak dan terasa hina dengan gangguan futur tak henti-henti.

Perasaan aku, perasaan seorang ukhti, perasaan seorang anak, perasaan seorang sahabat, aku tak mahu bilang berapa banyak manusia-manusia yang aku kenal telah mengguris perasaan-perasaan ini. Siapalah aku ini? Bukankah jalan dakwah itu penuh berduri? Berapa banyak duri yang aku simpan? Akhirnya reput, dan aku lupa duri mana yang telah mencucuk-cucuk aku sebelum ni.

Belajarlah untuk sabar. Belajar berlapang dada. Belajarlah menerima walau pahit. Belajarlah, belajarlah selagi masih hidup. Terasa sebak apabila sahabat-sahabat tidak dapat bersama-sama kerana ego yang tinggi dalam diri masing-masing. Apakah ego itu mampu membawa Islam ke arah ustaziatul alam? Dimana halatuju kita sebenar? Bukankah itu tujuan sebenar kita berada di atas jalan ini?

Jadi kenapa mesti mementingkan diri sendiri? Sebak lagi. Rasa tak layak bercakap soal ni, siapalah aku ni? Orang pernah merendah-rendahkan aku, aku diamkan atas nama ukhuwah. Orang pernah bergurau 'kasar' dengan aku, aku diamkan atas nama ukhuwah. Orang pernah menganggap pendapat aku tak boleh pakai, aku diamkan atas nama ukhuwah, orang (baca: muda dari aku) pernah tak hormat aku macam seorang kakak, aku diamkan atas nama ukhuwah. Bukan taknak menegur, kadang-kadang itu adalah kesilapan kecil mereka yang jarang-jarang berlaku. Maka, aku ambil tu sebagai pelajaran supaya kita berhati-hati apabila bercakap dengan orang. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.

Banyak lagi nak cakap. Tak apalah, esok sambung.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;