Cuma Permulaan

Salam.

Minggu yang sibuk dan kritikal. Tapi best!

Sesungguhnya waktu-waktu sibuk begini, kita cuba hargai masa. Sebab, kita tahu kita ni sedang sibuk. Atau, sebenarnya kita bukan sibuk manapun, cuma perasan sibuk mengalahkan PM (Professor Madya) kita. Hehe! Walhal takdalah gah sangatpun.

Alhamdulillah. Kami berjaya juga tarik beberapa orang adik-adik baru untuk join program-program ringkas (yang dilaksanakan semuanya dalam masa yang singkat) anjuran kami. Syukur kerana mereka sangat gembira dan seronok dengan aktiviti-aktiviti yang ada setakat ini. Harapnya ikatan hati antara kami dan mereka bisa jadi lebih dekat dan intim.

Tetapi, belum boleh lega lagi dengan hasil yang ada setakat ini sebab mereka ini masih di peringkat awal. Peringkat yang masih segar dan baru di UTHM. Jadi, mestilah mereka sangat memerlukan perhatian kakak-kakak seperti kami. Namun begitu, potensi-potensi yang ada pada adik-adik ni kami cuba korek supaya kelak kami tidak tersalah percaturan. Risau memang risau, tetapi hati-hati itu milik Allah. Sedaya manapun kita usahakan, hasilnya masih terletak di tangan Allah. Dan sebaiknya kita muhasabah diri, apakah puncanya adalah dari diri kita sendiri? Bagaimana hubungan kita dengan Allah? Apakah kita minta pertolongan pada Allah sepenuhnya? Subhanallah. Kerdilnya kita.

Mesej telefon bimbit tidak henti-henti berbunyi. Mujur silent. Mesej adik-adik supaya mereka rasa ada ikatan antara kita dan mereka. Setiap pagi, itulah rutin yang tidak aku abaikan. Bila dah petang sikit, aku mesej lagi insyaallah jika tak lupa. Alhamdulillah, respon mereka positif dan seronok melayan kerenah. Semoga urusan mereka dipermudahkan apatah lagi hari pertama ke kuliah penuh dengan tanda tanya dan bermacam persoalan berlegar-legar. Ada yang sesat! Itu sudah semestinya! Jawab salah seorang dari mereka.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab dalam KRJ terasa semakin berat. Apatah lagi, Mak Cu, Pak Cu dan Mak Uda meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan pada aku untuk uruskan sebahagian kecil dalam KRJ sendiri. Sebolehnya kita mengasingkan, penggerak UTHM gerakannya di UTHM dan penggerak KRJ gerakannya di sekolah. Buat masa ni, ianya masih dalam tahap percubaan kerana tenaga yang belum cukup ramai dan kuat. Bahkan, PC siap memberi arahan supaya fokus pada usrah KRJ. Huhu. Disebabkan rasa taknak fokus sepenuhnya pada adik-adik sekolah (sebab biasanya problem sikit budak sekolah ni), jadi aku ambil keputusan untuk memegang keduanya, UTHM dan KRJ. Tamakkah? Harapnya urusan ni dipermudahkan oleh Allah.

Ya Rabb, Tuhan sekalian alam, Tuhan segala manusia, Tuhan segala yang hidup dan yang mati, Engkau yang meletakkan aku disini, maka aku bersyukur di atas nikmat dan kurnia yang melimpah ini. Masa yang Kau berikan dan tenaga yang Kau anugerahkan. Tidak daya aku lakukan ini semua tanpa Kuasa dari-Mu sepenuhnya Ya Allah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, moga diperkenankan.

Satu hari aku pernah duduk didalam kereta. Aku mengeluh. Aku penat dan letih. Aku rasa nak tidur, tak larat nak buat kerja sendirian. Semuanya aku. Daripada A sampai Z, aku saja yang menguruskannya. Akulah yang membeli, akulah yang merancang, akulah yang mengatur, akulah yang drive, akulah dan akulah (macam mengungkit pula). Cuma nak beritahunya, memang bila kita dalam keadaan serabut dan penat, perasaan mengungkit tu memang ada. Kalau boleh nak beritahu semua orang, KENAPA MESTI SEMUA BENDA AKU YANG KENA BUAT? Tetapi, kata-kata itu hanya berlegar didalam kepala, tak mampu terzahir oleh lidah.

Didalam kereta itu, aku menangis. Bukan nangis sebab penat, bukan sebab tak larat, tetapi sebab takut tak ikhlas sebab hati asyik mengungkit-ungkit. Begitulah kerja syaitan, sering saja melalaikan kita. Ikhlas, sesuatu yang sukar untuk dinilai. Bukan saja oleh orang lain, bahkan kita sendiri tak pasti adakah kita ikhlas? Sebaiknya kita sentiasa perbaharui niat, dan istighfar andai terleka. Moga aku ikhlas (?), dalam beramal.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;