Sekadar update

Salam.

Ok. Sejak minggu lepas, dan minggu sebelum minggu lepas, sibuk betul. Kak M nak pindah ke Bangi (dah pindahpun), jadi aku tolonglah mana-mana yang boleh di tolong. Minggu sebelum tu dia sakit mata, jadi akulah jadi driver dia sebab dia tak nampak sangat jalan.

Hilang seorang penggerak yang banyak memberi semangat kepada kami. Sedih memanglah sedih, tetapi teringat ustazah P bagi pengisian malam tadi. Kenapa kita buat kerja dakwah ni sebenarnya? Adakah sebab Allah, atau sebab orang lain? Tak dinafikan, kita perlukan semangat dari orang yang bersemangat juga, tetapi apa yang penting hubungan dengan Allah supaya kita tak terlalu bergantung pada orang lain.

Alhamdulillah, dah ada rumah akhawat disini. Rasa seronok sangat. Tapi tak boleh nak ziarah selalu buat masa ni, tak ada kenderaan nak bergerak. Walaupun penghuninya baru-baru, insyaallah aku yakin kita boleh mengimarahkan lagi dengan kehadiran-kehadiran orang baru. Tumpang gembira buat mereka dan sentiasa mendoakan hati-hati mereka disatukan, dan dijauhkan dari sebarang perasaan hasad dan tidak baik sesama sendiri. Mudah-mudahan.

Hari ni rasa tak best. Sebab, selalunya weekend sibuk dengan aktiviti-aktiviti best, contohnya KBM, daurah, usrah, ziarah, jaulah, rehlah dan sebagainya, tapi hari ini tak isi apa-apa. Banyak habiskan masa siapkan blog KRJ Batu Pahat, atas permintaan Mak Uda. Insyaallah, minggu depan ada program ABJZ dah boleh promo.

Setakat ni dulu. Wallahualam.

0 Shreks:

 
;