Contest Gambar Best by AsaDa

Cari modal untuk tulis entri melalui contest yang insyaallah aku cuba manfaatkan. Apabila kita membuat sesuatu, biarlah ianya berguna buat diri dan orang lain. Terima kasih kepada Asada sebab bagi aku menyelam sambil minum air. Hehe! Semoga bermanfaat!



Pengalaman dan kenangan sukar untuk di imbau tanpa potret yang indah. Bahkan melalui gambar-gambar inilah kita paparkan pada generasi akan datang apakah yang telah dan pernah berlaku mengenai sesuatu. Mungkin layarkan pada mereka kisah kita ketika muda, atau mungkin gambar mereka ketika kecil sendiri di potretkan supaya mereka berfikir kesusahan ibu dan ayah membesarkan mereka sehingga mampu berkata-kata.

Tahun 2005, tak pasti tarikh betulnya bila, aku menghadiri program PMS (Perhimpunan Musim Sejuk) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) ke Melrose, Scotland. Kalau konsep dakwah, kira ini adalah program tajmik untuk pelajar yang baru berlabuh di negara sejuk itu, dan yang lama juga macam aku. Hehe!

Kalau sebelum-sebelum tu pernah solat di rumput, di taman, di car park, tetapi kali ini kami solat di atas salji. Subhanallah. Ini adalah pengalaman yang cukup bermakna, cuma sekali seumur hidup. Kalau nak berkali-kali kena holiday selalu ke sana.



Apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka laksanakanlah solat itu seperti biasa. Sungguh, salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (An-Nisa':103)

Terasa kerdilnya diri ketika sujud menyembah Tuhan yang satu, Allah. Dahi menyentuh salju putih itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran kerana diberi peluang untuk tunduk pada-Nya biar dalam keadaan payah.

Kenapa payah?

Antaranya, kami perlu memakai boot sebelum keluar dari bas lagi. Sebab, kalau pakai kasut biasa, licin dan bahaya. Jadi, kami pakai juga boot tu walaupun jalan macam robot especially bila masuk bangunan nak ambil wudhu'.

Memang satu pengalaman yang berharga dan tak boleh di ulang lagi. Siapa peduli kami nak solat dimana pun asalkan kami tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Biarlah mereka memandang seperti kita ini makhluk dari planet lain, tetapi kita tetap perlu melaksanakan tanggungjawab ini dalam apa keadaan sekalipun. Tunjukkan izzah kita dan tunjukkan bahawa kita adalah muslim yang beriman, bukan muslim sekadar nama.

Di Malaysia, pengalaman begini sukar untuk di lalui sebab kita ada masjid dan surau di merata tempat walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Jadi, apa alasan kita untuk tidak menunaikan solat di Malaysia?

Wallahualam.

5 Shreks:

aNdi.Hanin::حنين said...

subhanallah...

i'm touched


lepas solat tros pegi ski...wippiie~

Kay J said...

haha! betol tu. sgt seronok ski dan tenang je sbb dah menunaikan tanggungjawab. moga2 bermain smbil belajar.

rhapsody LiN said...

nice pic!

good luck!! :)

Mr. Asada said...

wallaweh.. sejuk dahi sujud atas salji tu. ke kebas?

kat egypt dh biasa tengok org solat kat mana2 tempat. =)

tQ sudi join. asada pilih pic yg kedua ea. dah siap link nama kat senarai peserta.

gud luck! (^^,)

Kay J said...

tak sempat kebas, sbb alas dgn kain.

suasana dan perasaannya mesti berbeza bila BIASA diamalkan dengan TAK PERNAH diamalkan penduduknya. =) apatah lagi TIDAK beragama Islam.

 
;