Cuba Untuk Mencuba

Sambung belajar? It should not be an issue.

Bila aku buat keputusan taknak sambung belajar selepas Diploma, tidak bermaksud aku tidak akan sambung belajar terus. Cuma, aku perlukan masa untuk perbaiki diri dan pulihkan semula cacat dan luka yang ada dalam hati ni. Adalah makhluk-makhluk tertentu cemburukan aku dan mamah dikit-dikit hati yang tak terjaga ni.


Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar tahun 2011, Insyaallah. Tahun lepas, aku khabarkan semua orang jika aku berpeluang untuk sambung belajar, aku akan sambung Operation Management. Subjek yang aku gemar dan rasa nak mendalami lebih, jadi kenalah sambung Degree. OM hanya wujud di UiTM cawangan Shah Alam dan Dungun sahaja. Biasanya, orang-orang Selatan ni kena hantar ke Shah Alam.

Shah Alam, sebuah kawasan yang kelihatan stabil dakwah dan tarbiyahnya. Penggerak juga ramai dan pelbagai dari serata Malaysia. Alhamdulillah. Dulu, rasa beruntung andai saja di hantar ke Shah Alam. Tak adalah macam UiTM cawangan Segamat ni, nyawa-nyawa ikan saja dakwah dan tarbiyahnya. Tak tahu sampai bila mampu bertahan. Masa tu cuma fikir, yang penting tugas aku disana sudah selesai. Tiada lagi masa untuk berpatah balik.

Tetapi hari ini, sejak akhir-akhir ni, aku rasa kurang tenang dan senang. Sampai bila aku nak berada di zon selesa? 6 bulan aku mendapat tarbiyah di Parit Raja, bersama akhwat UTHM bahkan bertemu sahabat-sahabat di Batu Pahat, dari KMJ, ruang-ruang masa aku peruntukkan sebaiknya demi menggantikan semula masa-masa yang terbazir di Segamat. Subhanallah, walaupun gerakannya kecil, tetapi pendokongnya ramai! Dari keluarga-keluarga yang besar, sehingga pelajar-pelajar yang menuntut di UTHM. Pentarbiyahan yang luar biasa dan ikatan hati yang sangat utuh. Walau hasilnya belum kelihatan, tetapi usaha mentarbiyah tidak pernah terhenti. Semangat demi semangat di beri, bahkan kata-kata perangsang menjadi ubat pengelak futur.

Serba sedikit mukaddimah.

Masa di IKRAM haritu, takdir Allah menemukan aku dengan Ummi S, bekas naqibah di UiTM Segamat. Entah mana ummi dapat khabar berita, 'Kausar nak sambung belajar ya? Bila tu?' Aduh. Insyaallah tahun depan ummi. Wajah ummi macam girang, seronok dan aku pula yang tertanya-tanya. Ummi tahu tak aku bukan nak sambung kat Segamat, tapi dekat Shah Alam. Aku rasa ummi tak tahupun. Dan Allah itu sentiasa mendengar doa hamba-Nya.



'Ya Allah, Kau tunjukkan aku jalan yang Kau redhai. Kau berikanlah petunjuk di atas jalan yang terbaik buat agama-Mu'.

Istikharah demi istikharah tanpa hajat hanya doa yang kecil dan kerdil. Sekali-sekala permintaannya fokus pada sesuatu mengikut keadaan. Itulah hebatnya istikharah yang dilakukan saban hari sebelum tidur. Allah meletakkan hati lebih tenang dalam membuat pilihan yang terbaik.

Selepas syura dengan kak Mar, akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak mementingkan diri. Sebagai seorang yang sentiasa bergerak dan menerima tarbiyah dari masa ke semasa, sepatutnya kita sudah sedar di mana tanggungjawab kita dan apa keputusan pada setiap pemilihan. Yang pasti ianya mesti berkait dengan dakwah di mana kita akan berada. Teringat perbincangan usrah minggu lepas bagaimana ikhwan di Indonesia memperbesarkan medan dakwahnya. Setiap orang di hantar ke satu tempat yang fresh tanpa tarbiyah yang kukuh. Maka, disitulah tugas mereka mengembangkan Islam dan memantapkan umat Islam yang semakin lalai dengan dunia. Begitulah hebatnya pergantungan mereka kepada Allah, dan cuba mencari redha Allah tanpa memberi alasan.


UiTM Segamat perlu di betulkan, perlu di mantapkan semula, perlu di lakukan perubahan, perlu dan perlu melahirkan penggerak QS. Walaupun aku sendiri tak pasti bagaimana tarbiyah untuk pemantapan diri di sana, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh berusaha untuk cari. Banyak. Tinggal rajin atau tak saja. Ya aku pernah melakukan kesilapan dulu. Aku pernah kejap futur kejap semangat kejap futur kejap semangat, tetapi tika itu kita sendiri zero. Kitalah yang memberi semangat tanpa diberi semangat, kitalah yang memberi usrah tanpa diberi usrah, kitalah yang buat program tanpa di programkan, kitalah yang memberi kasih sayang pada adik-adik tanpa diberi kasih sayang oleh mana-mana senior, kerana kitalah generasi awal. Semoga semangat hari ini tidak luntur sehingga hari itu.

Operation Management? Mungkin kemudian saja aku fikirkan mengenainya. Sekarang ni aku perlu fikirkan subjek-subjek yang ada di UiTM Segamat. Insyaallah, moga Allah permudahkan pemilihan ini. Mungkin Marketing ataupun Islamic Banking. Hati ni lebih ke arah Marketing, tetapi tengoklah macamana ya.

Mesti ada orang pelik, lambat lagi nak sambung dah fikir semua ni. Betul lambat lagi, tetapi perancangan ni perlu di ketengahkan seawal mungkin supaya adik-adik di sini lebih bersedia menghadapi hari-hari dimana ramai di antara akhawat di sini akan melanjutkan pelajaran. Jadi, mereka bagaimana? Merekalah yang bakal mewarisi pundak-pundak kepimpinan kelak. Aku tak pasti sama ada ingin sambung awal tahun atau pertengahan tahun. Akan difikirkan mengikut keperluan mereka di sana.

InsyaAllah. Ya Allah, tetapkan imanku.

1 + 1




Wallahualam.

0 Shreks:

 
;