Ujian Bukan Melemahkan

Ya!

Hari ini aku menyebut lagi, alangkah indahnya JIKA mereka faham. 


Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman. ( 3 : 139 )

Elok juga, kalau tidak, kita selalu merasakan kita sudah cukup baik hanya kerana usrah setiap minggu, daurah setiap bulan, program tarbiyah itu dan ini. Walhal, semua itu hanya cara untuk mendidik diri, pokoknya diri sendiri perlu hadam dan amalkan sebaik mungkin. Sukar. Kenapa? Kerana kita ada musuh terang dan tersembunyi. ( 114 : 6 )

Bak kata adik usrah tadi, bukan senang rupanya nak ajak orang buat kebaikan. Kita dah membuka peluang untuk dia, tetapi dia memilih untuk tidak. Mungkin bersebab.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. ( 3 : 200 )

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun. Tabiat dakwah bukan jalan yang mudah.

Ya Allah, ujilah aku sekadar mampuku jika itu bisa mengingatkan aku pada-Mu.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;