Belajar untuk Faham

Alhamdulillah. Salam.

Niat hari ni nak tidur awal sikit. Dah beberapa kali asyik terlepas nak bertahajud. Bangun je, Subuh berkumandang. Tak apa, aku curi sedikit saja masa sebelum merebahkan tubuh.

Aku pernah melalui saat-saat yang sungguh sakit, penat melayan kerenah adik-adik yang pelbagai. Sehingga aku rasa, malaslah buat usrah diorang. Kata-kata begitu tidak sepatutnya terungkap, aku betul-betul terkilan disebabkan sifat kurang sabar ni. Memang kita sebolehnya ingin buat yang terbaik untuk adik-adik ni, tetapi mereka seakan-akan tidak mahu faham keadaan aku.

 Kenangan: JPKSB 08/09 - Sabah

Sama juga dengan kehidupan kita. Kadang-kadang, kita terpaksa layan kerenah sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Terutama bila nak buat assignment sama-sama. Ada yang boleh, ada yang tak boleh. Ada pula bagi alasan yang tidak munasabah langsung. Sakit dibuatnya. Bukan setakat sakit hati, kepalapun boleh pusing layan diorang. Kalaulah sahabat kita yang sebayapun punya macam-macam perangai, apatah lagi adik-adik yang baru sahaja nak menginjak ke alam universiti.

Bukan itu je, masa yang adik-adik ni ada pula, tak pernah sama. Sedih juga. Susah nak temukan mereka semua complete dalam satu perjumpaan. Mesti ada saja yang kurang. Tapi, tak apalah. Apa yang aku buat, cuba gilirkan masa diorang. Minggu ni adik A boleh pergi, adik B tak boleh pergi. Minggu depan, beri peluang pada adik B pula untuk pergi, dan adik B tidak pergi disebabkan urusan lain. Begitulah. Bila adik-adik usrah sudah cukup 7 orang, mungkin aku akan bahagi kepada 2 kumpulan. Sama ada tetap, atau bertukar-tukar mengikut masa yang ada. Tak bestnya, diorang tak dapat pengisian yang cukup.

Dalam hidup kita, kita kena pandai cari alternatif untuk bantu orang lain. Walaupun kita memang nak fokus dekat orang-orang tertentu saja, tetapi adalah zalim jika kita tidak mahu memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mahu tetapi tidak berkemampuan.



Nak menuntut ilmu juga, biarlah sama-sama. Jangan ketepikan orang tertentu kerana dia bukan sahabat baik kita. Asal dia mahu, apa salahnya kita ajak sekaki. Manusia nikan pelbagai ragam, ada yang segan, ada yang malu-malu. Jadi, kita yang tak berapa nak malu ni, offer untuk belajar sama-sama. Tak ada siapa yang rugi, bahkan dua-dua akan dapat kelebihannya.

Bila difikir-fikirkan balik, sebenarnya adik-adik itu adalah diri aku juga. Mungkin refleks kepada usrah aku juga. Betapa payah dan sukarnya Murobbiku nak aturkan satu pertemuan usrah untuk sama-sama menuntut ilmu. Sangat susah. Usrah malam ni terpaksa batal sebab kelas tajwid. Meeting kejap tadi, bila nak buat usrah minggu ni? Usrah kena konsisten, setiap minggu mesti ada. Itu yang Murobbiku sentiasa ajar. Sebab tu aku dah terikut-ikut dengan dia. Cuma tak dapat ikutnya, pastikan semua ahli ada. Sangat susah.

Itulah dunia dakwah dan tarbiyah. Kita takkan sentiasa berada di aras yang sama daripada dulu, sampai sekarang. Dan kita jangan fikir bila kita dah sampai aras atas, kita tak perlu lagi berada di aras bawah. Kita mesti berada di kedua-dua arasnya. Kita boleh menegur, maka kita juga perlu ditegur. Sebagai manusia biasa yang hina dan dhoif, kita tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Itu biasa. Orang yang tidak pernah buat kesilapan, itu yang LUAR BIASA! Bukan nak kata, tak apa buatlah salah lagi. TETAPI, tak apa dan jangan mengulangi lagi. Orang yang gagal adalah orang yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam golongan itu.

 Kredit to Gee for the lovely pictures of us during usrah.

Kata sekejap je. Akhir kata..

Perbaiki diri dan serulah orang lain. (Tiba-tiba rindu kak Zue, sebab ni tema blog dia.)

2 Shreks:

bulatkocik said...

betui 2..dlu tyme masa blaja ramai mber2 yg nak copy paste jer..suh buat tanak..pastu markah tinggi plak..tension jer..tlg kwn tp len jadinya..;)

IRAH HAJERAH AZMAN said...

kalo ada 1000 org kene hadam dgn 1000 perangai.jgn lupe kite la golongan 1000 tuh

 
;