Sibuk dan Kerja

Kerja.

Sepanjang aku duduk di pejabat penyelidikan, aku tengok sibuk je semua orang. Sibuk cari file, sibuk dengan meeting, sibuk masukkan data, sibuk periksa maklumat, dan macam-macam sibuk lagi. Kesibukan tu buat aku terfikir, kenapa perlu sibuk dengan semua tu?

Sebab pertama, tanggungjawab sebagai pekerja. Sebab kedua, gaji. Sebab ketiga, kejar dateline.


Alangkah indahnya jika kita sibukkan juga diri kita dengan melakukan amal ibadah. Subhanallah. Sebabnya adalah untuk menggapai redha Allah, dan menikmati syurga Allah. Alangkah seronoknya jika semua orang bersibuk untuk Islam.

Kenapa ya? Kenapa ada manusia yang tahu, hidup ini untuk Islam, kerana Islam, tetapi mereka tidak sanggup untuk menyibukkan diri untuk Islam? Tanyalah diri sendiri. Cukupkah hanya solat 5 waktu? Cukupkah hanya bayar zakat setiap tahun? Cukupkah selepas menunaikan haji selesai sudah rukun Islam dilaksanakan?

Bayangkan jika Rasulullah hanya beramal dengan rukun Islam sahaja, apakah kita dapat merasa Islam pada hari ini? Mungkin hidup kita masih diambang jahiliyah, bodoh tidak tahu apa-apa. Tetapi, Rasulullah menyampaikan kalimah Allah kepada orang lain, maka tersebarlah. Akhirnya, kita menikmati Islam sehingga hari ini.
Aku terkejar-kejar masa, tersekat-sekat penat, terbongkok-bongkok letih. Tetapi, masa yang sibuk adalah masa yang cukup manis, kerana ketika ini barulah kita rasa ingin menghargai masa, makhluk Allah yang penting dalam kehidupan kita.

Ya Allah, ucapkan syukurku atas masa yang Engkau anugerahkan.

Wallahualam.

2 Shreks:

Aidi-Safuan said...

Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana beri kita nikmat di bumi~

Kay J said...

hurm.. alhamdulillah..

sama2 kita muhasabah, apakah maksud syukur yang sebenar.. =)

 
;