Doaku Iringi Kalian

Salam imtihan.

Buat sahabat-sahabat yang dirindui, moga kalian manfaatkan sisa-sisa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran. Bagi sahabat-sahabat seperjuangan, janganlah meremehkan hal-hal ini hanya kerana sibuk dengan urusan dakwah. Kelak, ianya bakal mengundang fitnah kepada adik-adik kita. Jadikan kita sebagai contoh sebenar-benar daie.

Rasulullah dulu dijanjikan syurga, tetapi baginda tetap melakukan segala suruhan wajib dan sunat kerana baginda adalah contoh umatnya.


Mengenangkan suasana peperiksaan adalah sesuatu yang mampu buat kita tersenyum. Masa itulah kawan-kawan sibuk nak pergi perpustakaan, ada juga yang sibuk nak jumpa pensyarah, ada yang datang ke bilik tanya itu dan ini, kawan yang tidak rapat atau tidak pernah berbaikpun tiba-tiba datang bilik hanya nak bertanyakan beberapa soalan yang tidak pasti jawapannya, dan pelbagai kerenah sahabat kita bakal temui. Kelakar.

Hari-hari peperiksaan, adalah hari-hari yang aku tidak mahu hadapi. Aku berharap, hari-hari ini tidak akan wujud lagi semester hadapan. Aku tidak mahu melalui detik-detik terpaksa menunggu diluar dewan peperiksaan dalam debaran yang sukar untuk ditafsir. Bahkan aku rasa cukup terseksa hendak menatap buku dan nota, menghafal, kemudian memahami setiap formula yang ada, ahh! Terlalu banyak dan banyak! Kadang-kadang, tidak tidur sehingga pagi hanya kerana tidak faham ayat-ayat dalam buku tu. Kadang-kadang, tidur lambat dan bangun awal semata-mata untuk belajar beberapa jam sebelum tiba waktu peperiksaan. Oh, kenangan.


Hari ini, aku tersenyum. Tidak ada lagi hari-hari debaran. Tidak ada lagi buku-buku tebal. Tidak ada lagi nota-nota berserakan di atas meja. Tidak ada lagi komputer riba di tatap. Semua itu sudah tidak ada. Kalaulah sebelum ni terasa macam nak sambung belajar, tapi bila fikir terpaksa lalui hari-hari peperiksaan, berat rasa.

Sebenarnya, nak hadapi hari-hari peperiksaan ok lagi. TETAPI, bila nak ambil keputusan. Itu yang sakit.

Tetapi, tidak semuanya indah. Tidak pula Allah membiarkan diri ini dalam kesenangan dan kemudahan. Bahkan Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Aku bersyukur dengan jalan aku sekarang. Walaupun terlalu banyak kekurangan, tetapi aku tidak pernah menyesal dengan jalan yang aku pilih ni. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Memang kadang-kadang terasa seolah-olah keputusan aku ni bukanlah keputusan yang betul. Sebab kesusahan demi kesusahan menimpa diri. Ujian atas ujian Allah turunkan. Adakah tiada berkat dalam perjalanan ini? Nauzubillah. Sesungguhnya, setiap kejadian itu bukanlah sia-sia, tetapi gunakan akal sebaik mungkin atas mehnah yang melanda.

Ada sahabat-sahabat yang mengeluh. Tak dapat cope dengan belajar. Tak faham. Masa terlalu cepat. Pensyarah tak sempat nak habiskan silibus. Kesian bila dengar. Itulah lumrah belajar. Kita selalu dengar budak degree mengeluh, dan hari ini kita pula merasa apa yang mereka keluhkan. Sebab kita pelajar, maka tidak mustahil kita juga akan belajar apa yang senior kita telah lalui.


Aku percaya, ada sesuatu yang Allah sedang rancang untuk aku. Aku tidak tahu apa, tetapi pasti ada sesuatu yang lebih baik dan lebih indah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;