Kasih Tetap Ada

Alhamdulillah.

Entri ringkas ini, tanda syukur yang tidak terhingga. Uda sudah nampak berubah sedikit. Sudah boleh bangun Subuh. Sudah rajin mengaji al-Quran. Sudah pandai mendengar nasyid-nasyid jihad. Suka banyak menonton talk mengenai agama dan politik


Paling penting, ceria selalu. Sudah tidak marah-marah lagi. Rupanya..

Uda sudah konsisten dengan usrah. Uda sudah mula merasa seronok dalam dunia tarbiyah. Sudah tidak perlu dipaksa-paksa seperti selalu. Sudah pergi Daurah dan pelbagai aktiviti tarbiyah di Melaka. Subhanallah, Maha Suci Engkau yang menggenggam setiap hati manusia. Walaupun..

Bila tegur di YM, bila telefon, Uda selalu kata, maaf Uda sangat sibuk, banyak sangat assignment nak buat. Maaf Uda tak dapat balik minggu ni, Uda kena catch up dengan assignment dan test yang banyak.

Bila hati kita sudah benar-benar inginkan Islam, Allah permudahkan keinginan kita. Mudah rasa tenang.

Alhamdulillah, Uda sedang bersiap siaga untuk membawa usrah semester hadapan. Doakan yang terbaik untuk beliau.

0 Shreks:

 
;